CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 19, 2008



Sesekali kerinduan menjenguk diri, aku rindukan arwah atok yang begitu menyayangi diri ini,aku tatapi potretnya lama-lama....atok aku rindu dan dirimu sentiasa bertahkta dihati.
Perpisahan disebabkan kematian @ bukan kematian semuanya adalah takdir Illahi,menolak takdir Illahi seolah-olah menolak ketentuanNya.Seharusnya kita menerimanya.Begitu juga dengan pemergian atok...aku harus rela melepaskannya kerana dia adalah hak Allah yang kekal dan sebagai manusia kita hanya menumpang dibumiNya.Al-Fatihah.
Begitu juga dengan insan lain yang terpaksa menerima perpisahan yang telah ditentukan olehNya.Ibu yang terpaksa merelakan pemergian anak tersayang,suami yang terpaksa kehilangan isteri tercinta,anak yang kematian ibu ayah yang tiada lagi tempat mengadu kasih,sayunya hati ini......
Hati bagaikan tersentak dengan kejadian tanah runtuh di Bkt A/bangsa baru-baru ini,peristiwa di Highland Tower seolah-olah berulang lagi..banyak kematian berlaku...kesedihan demi kesedihan terpaksa dilalui.Begitu juga dengan peristiwa Sunami yang mengorbankan banyak nyawa,lebih dahsyat ,lebih trajis dan lebih menyayat hati.Oh Tuhan! begitu besarnya ujian Mu.
Lalu....aku cuba mencari dan menggali mengapakah musibah seperti itu berlaku ? selain dari takdir...pihak siapakah yang harus menggalas masalah seumpama ini ?pihak siapakah yang harus ditunding ? dan seterusnya dipersalahkan ?Keruntuhan demi keruntuhan terus berlaku,sebagai manusia kita seharusnya bijak dalam membuat pertimbangan bagi mengecap kemajuan & pembangunan,mengorbankan khazanah alam @ mempertahankannya sambil mensyukuri nikmat dengan perancangan pembangunan supaya terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Manusia adalah makhluk Allah yang ditempatkan dibumi ini dengan amanah paling besar iaitu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi dalam melaksanakan tuntutan serta perintahNya.Walaupun manusia diberikan kuasa untuk mentadbir dan mengurus bumi sejajar tugasnya sebagai khalifah,dia hanya bertanggungjawab sebagai pemegang amanah Allah.Segala dibumi milik Allah.Manusia pula dianugerahkan akal dan daya fikir serta usaha berterusan dalam mengolah,mengubahsuai dan menukar kedudukan serta bahan yang diciptakan Allah untuk dimanafaatkan sebaik mungkin.
Petikan Al-Quran-Surah Al-Baqarah,Ayat 22.
'Dialah yang jadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia yang menurukan air dari langit (hujan),lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu kerana itu jangan kamu adakan sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui.'
Sebagai rumusan yang boleh aku buat adalah....kematian harus diterima, kesedihan biar terus menjadi memori dan kenangan yang paling indah untuk diingati oleh semua insan yang bergelar manusia agar kasih sayang terus subur dalam ingatan..selain kesedaran keatas usaha penjagaan alam yang memerlukan komitmen yang berterusan,bukan bermusim @ ikut-ikutan.Kesedaran yang tulen perlu menimbun serta anjakan daripada sudut hati,minda dan tindaktanduk agar kematian yang tidak boleh diterima atas sebab kelalaian manusia itu sendiri tidak terus-terusan berlaku selain dari tidak menolak segalanya adalah takdir Illahi pastinya.Amin.....