CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 19, 2008



Sesekali kerinduan menjenguk diri, aku rindukan arwah atok yang begitu menyayangi diri ini,aku tatapi potretnya lama-lama....atok aku rindu dan dirimu sentiasa bertahkta dihati.
Perpisahan disebabkan kematian @ bukan kematian semuanya adalah takdir Illahi,menolak takdir Illahi seolah-olah menolak ketentuanNya.Seharusnya kita menerimanya.Begitu juga dengan pemergian atok...aku harus rela melepaskannya kerana dia adalah hak Allah yang kekal dan sebagai manusia kita hanya menumpang dibumiNya.Al-Fatihah.
Begitu juga dengan insan lain yang terpaksa menerima perpisahan yang telah ditentukan olehNya.Ibu yang terpaksa merelakan pemergian anak tersayang,suami yang terpaksa kehilangan isteri tercinta,anak yang kematian ibu ayah yang tiada lagi tempat mengadu kasih,sayunya hati ini......
Hati bagaikan tersentak dengan kejadian tanah runtuh di Bkt A/bangsa baru-baru ini,peristiwa di Highland Tower seolah-olah berulang lagi..banyak kematian berlaku...kesedihan demi kesedihan terpaksa dilalui.Begitu juga dengan peristiwa Sunami yang mengorbankan banyak nyawa,lebih dahsyat ,lebih trajis dan lebih menyayat hati.Oh Tuhan! begitu besarnya ujian Mu.
Lalu....aku cuba mencari dan menggali mengapakah musibah seperti itu berlaku ? selain dari takdir...pihak siapakah yang harus menggalas masalah seumpama ini ?pihak siapakah yang harus ditunding ? dan seterusnya dipersalahkan ?Keruntuhan demi keruntuhan terus berlaku,sebagai manusia kita seharusnya bijak dalam membuat pertimbangan bagi mengecap kemajuan & pembangunan,mengorbankan khazanah alam @ mempertahankannya sambil mensyukuri nikmat dengan perancangan pembangunan supaya terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Manusia adalah makhluk Allah yang ditempatkan dibumi ini dengan amanah paling besar iaitu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi dalam melaksanakan tuntutan serta perintahNya.Walaupun manusia diberikan kuasa untuk mentadbir dan mengurus bumi sejajar tugasnya sebagai khalifah,dia hanya bertanggungjawab sebagai pemegang amanah Allah.Segala dibumi milik Allah.Manusia pula dianugerahkan akal dan daya fikir serta usaha berterusan dalam mengolah,mengubahsuai dan menukar kedudukan serta bahan yang diciptakan Allah untuk dimanafaatkan sebaik mungkin.
Petikan Al-Quran-Surah Al-Baqarah,Ayat 22.
'Dialah yang jadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia yang menurukan air dari langit (hujan),lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu kerana itu jangan kamu adakan sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui.'
Sebagai rumusan yang boleh aku buat adalah....kematian harus diterima, kesedihan biar terus menjadi memori dan kenangan yang paling indah untuk diingati oleh semua insan yang bergelar manusia agar kasih sayang terus subur dalam ingatan..selain kesedaran keatas usaha penjagaan alam yang memerlukan komitmen yang berterusan,bukan bermusim @ ikut-ikutan.Kesedaran yang tulen perlu menimbun serta anjakan daripada sudut hati,minda dan tindaktanduk agar kematian yang tidak boleh diterima atas sebab kelalaian manusia itu sendiri tidak terus-terusan berlaku selain dari tidak menolak segalanya adalah takdir Illahi pastinya.Amin.....

Friday, November 14, 2008

kelahiran, kehidupan & kematian

kelahiran......
adalah saat kemanisan Tambah Imej
adalah satu anugerah
lalu bergelarlah sebagai manusia kepada hambaNya
kelahiran jua bakal mencatat & melakar sebuah kehidupan yang panjang

kehidupan......
saat manis,saat pahit perit
kesukaran dan kepayahan
kesenangan dan segala rasa bahagia
pasti dilalui...
selagi manusia bernyawa itulah bahagiannya
kamu redha atau tidak bukan lagi persoalan
manusia merancang,melakukan dan bertaqwa
itulah indahnya kehidupan.

kematian....
samada telah bersedia atau tidak
cukup amalan atau belum
jua bukan persoalan
selamat tinggal semua yang dikasihi..yang dibenci...
dengan pelbagai citarasa dibawa bersama
kealam yang jauh berbeza...
dari dalam rahim,perut ibu...
dari alam duniawi yang penuh sandiwara
lalu alam kubur
yang gelap........
yang sempit.......
yang terang........
yang lapang........
segalanya bermula sejak kita bergelar manusia.

CACATAN KEHIDUPAN......

Boleh dikatakan setiap hari kita dikejutkan dengan pelbagai cerita aneh,sedih,gembira dsb,itulah kehidupan...
kisah ibu kehilangan anak tersayang,kisah isteri@ suami kehilangan orang dikasihi,kisah anak dicemari kerana dek kerakusan ayah atau ahli keluarga sendiri,kisah tunangan dibunuh oleh orang yang dulunya dicintai kerana dek cemburu yang terlalu melampau,kisah suami yang mendera isteri sendiri,kisah suami yang berlakon dibelakang isteri yang kononnya terlalu setia,kisah isteri yang bersuami dua ,aduhai....macam-macam.

Aku sendiri amat teruja dilahirkan begini..walaupun masa silam ku,masa zaman kecilku penuh duka daripada suka,tetapi aku redha dengan apa yang telah dianugerahkan kerana kesusahan itu mengajar aku kepada kebahagian pada hari ini.Terima kasih Tuhanku kerana anugerah ini.

Dalam aku bermenung sebenarnya aku amat berminat untuk berkongsi pelbagai cerita tentang manusia dan kehidupan kerana aku jua adalah manusia yang banyak melalui berbagai liku-liku kehidupan,daripada banyak cerita itu pastinya banyak juga pengajaran dan pengalaman yang boleh diceduk dan boleh dijadikan iktibar,bak kata pepatah 'pengalaman mengajar kita kepada makna kehidupan sebenar'

Liku-liku kehidupan......

Sebelum aku menerjah kehidupan orang lain,biarlah aku berkongsi cerita tentang diri ini dahulu....
zaman kecilku,aku telah ditinggalkan oleh manusia yang bergelar 'ayah',mungkin perkataan 'ayah' hanya zahirnya didada kertas tetapi dari segi realitinya aku tidak pernah merasai nikmat dan kasih seorang ayah kerana pada waktu itu apa yang aku tahu 'mumy' adalah ayah dan juga ibu buat aku dan adik,kehidupan harian kami lalui dengan pelbagai cerita namun apa yang aku tahu zaman kanak-kanakku penuh dengan warna-warna indah kerana pada dasarnya kesusahan itu ditutup dengan kebijaksanaan 'mumy' menguruskan kami.Alhamdulillah kerana orang-orang disekeliling aku amat menyanyangi diriku,aku dapat rasakan itu..walaupun ketiadaan ayah 'mumy' masih mampu membesarkan aku dan adik,memberikan pendidikan yang sebaiknya,mengajar aku bagaimana menghormati orang lain,mengajar aku betapa pentingnya pegangan agama dalam melayari kehidupan harian kerana agama adalah 'tiang' kehidupan,mengajar aku peripentingnya nilai-nilai kasih dan sayang dan sebagainya.