CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 29, 2009

Suatu kematian dan air mata



Terlalu lama rasanya tidak ku jenguk @ lihat laman ini., kesuntukkan masa terlalu payah untuk ku teruskan mencatat sebarang nukilan atau mungkin luahan perasaan, hari ini hari ke 8 umat Islam menunaikan puasa,nikmat berpuasa tidak dapat digambarkan dan menanti hari raya juga amat ku tunggu, seperti bebudak kecil aku seronok berhari raya walaupun ramai orang jika ditanya " ah tak ada yang menarik hari raya bila usia meningkat, lain zaman kanak-kanak dulu" tapi tidak pada diri ku, setiap hari membilang hari berpuasa...wah tak lama lagi hari raya, seronoknya !!!! Ah, aku tinggalkan dulu soal hari raya,yang pasti ianya akan menjelma dan aku akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana masih diberikan oleh Tuhan untuk menikmati betapa seronoknya berhari raya, InsyaAllah.



Aku termenung seketika apabila tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani..Inalillahi.....Masa untuk dia mengadap Ilahi telah pun tiba, segala kebaikan sikapnya, kesungguhannya dalam mengembangkan agama melalui nyanyian nasyid-nasyid yang dibawa cukup membanggakan ramai orang termasuklah diri ku, apakan daya Tuhan lebih menyanyangi dirinya, diri ini tidak dipaksa untuk mengalirkan air mata tapi lelehan mutiara ini dengan sendiri membasahi permukaan pipiku, sedih..Oh Tuhan bila masaku !
Andai ku tahu bila tiba ajalku alangkah indahnya...


Kematian dan pemergian Micheal Jakson (MJ) pd 26hb Jun 2009, betul-betul membuat aku rasa sedih, kelakarkan sedangkan aku hanyalah sekadar peminat lagu-lagunya dan hanya mengenali dirinya melalui persembahan-persembahannya dimedia dan sedikit sebanyak mengikuti perkembangan muziknya dan dirinya melalui media-media cetak, tapi entah mengapa aku rasa kematian mengejutnya benar-benar menjadikan hati ini sayu dan sekali lagi airmata ini gugur tanpa paksaaan !


Tanggal 25.07.09 satu lagi berita kematian aku dengari, pemergian seorang pejuang seni yang berjiwa ' Malaysian' telah pergi buat selama-lamanya, Yasmin Ahmad. Jiwanya yang lebih kepada masyarakat majmuk satu Malaysia ternyata tidak dapat dilihat dan ditonton oleh masyarakat lagi, arahan-arahannya terhenti tiba-tiba apabila Tuhan lebih dulu menggambil dirinya buat selama-lamanya. Al Fatihah...,sekali lagi aku gagal mengawal kesedihan ini dia gugur lagi tanpa aku memaksanya....


Apabila bercerita tentang kematian dan perpisahan, tidak kiralah ianya disebabkan oleh perpisahan sementara atau selama-lamanya pasti sedikit sebanyak akan membawa hati dan perasaan ini menjadi lebih bersifat ' sensitif' @ 'emosional'.....Aku cuba untuk menjadi manusia yang kuat dan tenang, tetapi ternyata ' I can't do it ' lalu inilah hasilnya......


Mata ini terlalu indah ciptaanNya
Mata ini terlalu mahal harganya
Mata ini terlalu cantik jika dipandang
Mata ini menjadikan manusia sempurna
Mata ini juga bisa buat manusia 'gila'
Mata ini juga adalah laluan untuk 'si air mata' mengalir.....
Aku sendiri tidak tahu bila ia mampu berhenti
Mungkin setelah aku sendiri menghembuskan nafas terakhirku
Lalu ku tutup mata ini buat selama-lamanya
Inalilalahi.......