CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 29, 2009

INILAH KISAH KU...AIDILADHA AND THE MOVIE

26hb Nov 09, aku kerja seperti biasa, x sabar nak balik sbb esok hari raya aidil adha....walaupun persiapan yg dibuat xlah sehebat spt aidil fitri, tetapi aku tetap meraikannya. Lalu kami sekeluarga balik kg ...rumah 'my mum', sesampainya di rumah mummy aku mengambil peluang utk menunjukkan bakat yg ada, cewah !!!! Masak kari ayam dan masak ayam kicap....makanan kegemaranku.



Pagi lps subuh....aku kedapur lagi, masak sayur goreng utk hidangan pagi raya, slps sembahyang sunat hari raya, kami sekeluarga makan bersama, enaknya !!!!


Walaupun aku keturunan jawa johor +++ nogori sembilan, hidangan biasa yang turut aku hidangkan adalah makanan kaum bugis, dibawah aku perturunkan hidangan semasa AidilAdha semalam....,aku nak download dulu....tunggu !!!!











Ayam masak kicap, ketupat dan sayur goreng.....






Hidangan kaum bugis, ketupat 'Lueh' yang diperbuat dari pulut dan dibalut dengan daun pisang muda dan direbus lebih 10 jam ,dihidangkan bersama daging dendeng yang cukup enak...






'Burasak' diperbuat daripada beras dan dihidangkan bersama rendang ayam







Ayam goreng daun kari, resipi my mum yang cukup sedap !!!!!

Kisah raya dah siap...sesekali hati tertanya bilalah aku boleh pergi menunaikan rukun Islam yang ke 5 itu, andainya aku ada disana ketika ini.....Insya Allah.















Friday, November 20, 2009

sebuah perpisahan

Malam ini mungkin malam yang sungguh menyayat hati, majlis perpisahan yang kami warga bank adakan buat Faiza dan Hizadanyati disalah sebuah restoran di bandar ini cukup menyedihkan, aku cuba ' control ' emosi untuk tidak mengalirkan airmata, tapi rupa-rupanya aku gagal untuk mengawal emosi dan seperti sebelum-sebelumnya, kesedihan yang teramat sangat, dan setiap sesuatu majlis dibuat tugas utama yang diberikan pada aku adalah menjadi 'MC', walau macamana pun aku tidak pernah menolak kerana itu adalah kepercayaan yang telah dipertanggungjawabkan pada aku dan aku anggap inilah komitmen tugasan yang perlu digalas....




Tapi sayangnya Yati tidak dapat hadir dalam majlis itu, mungkin sedikit kecewa, tapi aku diberikan satu watikah yang perlu aku sampaikan pada semua rakan-rakan yang hadir.
Antara petikan yang ditulis olehnya adalah.......




" Hmmm....sebenarnya 16 thn bukanlah satu tempoh yang pendek, sudah tentu sukar utk saya lupakan kenangan-kenangan yang terjadi.Tapi sebagai manusia apa yang mampu saya lakukan ? Sedangkan pd zaman Saidina Ali, bila ada satu khunsa yang berkahwin kemudian melahirkan dan apabila khunsa tersebut bersama pembantunya,pembantunya pula melahirkan ( bermakna kedua-dua alat sulitnya berfungsi) sahabat nabi tersebut mengira tualng rusuk khunsa tadi, dan apabila didapti bilangannya adalah bilangan tulang rusuk lelaki....maka khunsa tersebut diisytiharkan sebagai lelaki.Ikhtibar kisah khunsa itu...saya buat keputusan...biarlah saya ikut fitrah isteri itu.Itu hanya sebahagian kisahnya.Saya tak boleh terus menoleh kebelakang....saya harus pandang ke depan untuk muhasabah diri,kalau pendatang Indonesia boleh kaya raya di Malaysia,tentu ada sesuatu yang boleh saya lakukan.Saya boleh pinjam semangat Lim Goh Tong yang membina empayar perniagaannya sedangkan dia hanyalah seorang pendatangdari China yang introvert.Bukan saya menjadikan kaya raya satu landasan hidup tapi semangat kentalnya patut diikuti,siapa yang tak tahu Genting Highland, satu dunia tahu...tempat peranginan dan perjudian, tapi orang tahu tak pengasasnya tak pandai cakap Inggeris, dia gunakan kesungguhan dan tanpa putus asa. "




Pergilah Yati demi keluarga tercinta.......semoga dirimu akan menemui sebuah kebahagian yang dicari-cari selama ini......Buat Faiza, pergilah demi sebuah masa depan yang lebih menjaminkan Insya Allah......

kenangan...Ijad,my new boss,zul,zek,cd,nazrul,isa,fairuz,halim,din,lan,zul,kak nor,ain,mas,faiza,kak mid,azie,lily,aku dan hatta




masa menjamu selera..........
PANTUN KHAS KU CIPTA UNTUK YATIE DAN FAIZA
(meleleh airmata ku tiada hentinya,kamu adalah sahabatku hingga akhirhayat walau dimana kalian berada )

Orang Acheh sedang sembahyang
Hari Jumaat di tengahari
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandailah menjaga diri




Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi



Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
diizinkan Tuhan bersua lagi......



Tenang-tenang air dilaut
Sampan kolek mudir ke tanjung
hati tenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung



Lipat kain lipatlah baju
Lipat kertas dalam puan
Dalam air menjadi batu
sedikit tak ku lupa budimu puan




Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan saya tak lupa
sudah terpaku didalam hati




Antara hidangan ketika jamuan tu.......



kangkong goreng rangup...uniknya di bawahnya ada sotong dan hirisan ikan yang cukup enak dan meyelerakan tapi aku tak ada selera kerana rasa sedih telah menutup selera....


sea food tomyam....wow! pekat betui....

siakap 3 rasa,aku sukakan gubahannya...ada seni, pernah cuba buat tapi tak pernah menjadi, bunga rose jadi bunga orkid......

Friday, November 6, 2009

Tak sah kalau tak ada program marhabankan !! Orang Johor kata marhaban, orang jawa kata ' barak'an..., suasana ini aku rakamkan ketika hari raya lalu....,seronok sekali !!






Al maklumlah setahun sekali kena baca nota....



















memori dihari raya

Aidil Fitri telah lama di tinggalkan, namun segala yang indah dihari raya terasa baru saja ditempuhi, bulan mengerjakan haji telah beberapa minggu berlalu, ini bermakna Hari Raya Qurban pula bakal menjelma, pemergian my Branch Manager turut diiringi dengan airmata tanda sedih yang teramat, doaku semoga my boss diberikan kesihatan dan diberikan laluan yang mudah ketika mengerjakan ibadah haji itu, InsyaAllah.....