CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 4, 2010

Pergi Dan Tak Kembali Lagi.....





Perginya Din Beramboi -Al-Fatihah.....



Berita tentang perginya seorang lagi raja lawak tanah air kita pada pagi Jumaat yang lalu iaitu Din Beramboi amat mengejutkan aku, dia yang aku kenali melalui media massa adalah seorang yang melucukan walaupun kadangkala kritikan yang dilemparkan mungkin ada yang rasa tidak senang hati...tapi itulah kritikan ikhlas yang lahir dari hati.....




Setiap pagi aku tidak pernah ketinggalan mendengar celotehnya bersama Aznil pada setiap hari aku menghantar anak kesekolah, kadangkala aku ketawa sendirian pada setiap lawak yang dibuatnya. Mungkin ada orang yang akan menyangka aku 'sewel' kerana senyum sendiri setiap kali memandu, tetapi sesungguhnya aku amat terhibur........




Airmata aku terus mengalir setiapkali ada pendengar membuat panggilan ke radio Era dengan memberikan kata-kata semangat untuknya, sebaknya suara Aznil turut membuat aku rasa sedih dan menangis dan hingga saat aku mencatat ini pun air mataku terus-terusan mengalir,dan aku rasa aku patut menghentikan catatan ini sebelum orang lain nampak!




Tetapi apa yang pastinya hari ini, esok dan seterusnya aku pasti akan merindui suara dan lawaknya....kepadanya Al-Fatihah ku panjatkan semoga rohnya bersama-sama didalam golongan orang-orang yang beriman, Amin.....

M A R U A H !!!!


"Jagalah maruah, sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup kita. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik."


M : Maruah letaknya dimuka.Kerana itu orang akan menutup mukanya apabila
malu.....

A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya

R : Reputasi mencerminkan marauh anda.Jagalah reputasi diri jangan
sampai dipijak orang.

U :Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita
dinobatkan.Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan
KATA itu adalah maruah diri.Jadilah insan yang mengotakan kata-kata.Mereka
yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya,jatuh dalam golongan
orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang lain percaya kepada kata- katanya sendiri.Maka janganlah sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa terlebih dahulu.


A :Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita.Oleh itu,amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.


H :Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia juga adalah lambang nilai maruah individu.Jangan sesekali nilai pada harga diri anda.