CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 25, 2022

AKU MANGSA COVID19

C19 Part 1

 Di balik tirai putih dan dari jendela rumah yang ku ibaratkan umpama " Rumah ku syurga ku " lagi indah dan aman damaiiiii ku lakarkan sesuatu menjadi sebuah kenangan pahit dan barangkali satu pengajaran pada sebuah kehidupan duniawi.

Berbekalkan sebatang pen ,sebijik buku nota dan si computer yang telah terlalu berkhidmat aku memulakan catatan ini. Bismillahirahmanirohim....

Ya bukannya sesuatu yang mudah untuk mendapatkan masa masa terluang dan santai begini untuk dijadikan rakaman kehidupan dan pelbagai juga cara orang mengenang sesuatu kisah kehidupannya ya berbeza beza ya masing-masing .Tapi inilah caraku inilah gaya ku.

Tika ini kedengaran khutbah Jumaat dari Masjid di seberang jalan. STOP sebentar.

Catatan bersambung..

Titipana ini kalaupun bukan utk tatapan anak cucu yg belum tentu mahu membaca tapi tak pelah ia adalah satu kepuasan dalam kehidupan seorang insan bernama Asmaliza Abdullah.

Sebelum ini aku hnya membaca,melihat dan mendengar dari mulut ke mulut cerita  dari rakan2,cerite dari jiran2,saudaramara,soisal media dan dari banyak sumber yang pasti mungkin menakutkan semua orang.Kerap juga  melihat penderitaan pengidap C19 yg kronik dan membawa kepada kematian.Ramai.para isteri kehilangan suami,suami kehilangan isteri ,suami isteri kehilangan anak,anak2 kehilangan ibu ayah dan sebagainya.Innalillahi & Alfatihah kepada semua  ahli keluarga yang terlibat, kuasa dan qada qadar Allah tiada siapa yang boleh menolak, moga mereka yang pergi tergolong dalam golongan mereka2 yang mukmin.Amin.

Perkataan 'ditidurkan' sudah menjadi ungkapan biasa kepada semua masyarakat  sekeliling , walaupun biasa tetapi dalam hati berkata dan sambil berdoa " Ya Allah kau berikanlah kesembuhan kepada si polan si polan..." kerana ianya cuba membuat rasa sebak...sedih...takut..bimbang dan sebagainya kepada semua isi alamNya.

Kalau tak silap ingatanku tanggal 30/03/2020 serangan Covid19 ini bermula secara besar2an.Dan pada tahun itu peratus kematian adalah yang tertinggi bukan setakat di Malaysia tetapi di seluruh dunia.Pelbagai juga ceriter di dengar punca dan sebab tersebarnya penyakit yang menggerunkan ini. Banyak juga ilmu yang aku peroleh dari pembacaan tapi aku lebih percaya pada kuasa Allah melebihi dari kebijaksanaan manusia.

Aduhhhh...kebosanan melanda. Duduk...berdiri...tido...makan...minum dan begitulah setiap hari berulang ulang, namun tanggungjawab sebagai hamba Allah alhamdulillah tetap ditunaikan. Syukur Allah masih memberikan peluang utk aku memperbaiki iman yang setebal mana pun ini.

Kalau pada kebiasaannya waktu hari2 bekerja solat tak dapat dilakukan tepat masa, balik rumah bila keletihan Al quran hanya sempat dipandang atau dipegang sekejap kejapan baru habis baris pertama masuk baris  kedua ketiga kepala dah tersengut sengut menyembah bantal yang lembut ...Ermmm banyak betul iblis yang bergayut kat bawah mata ni. Allahuakhbar Astafirullah.

Cuaca di luar panas ! Berkurung didalam bilik ini memang berpeluh2.Sengaja aku tidak menghidupkan kipas atau air cond sbb kata org virus2 dari C19 cepat mati dan tidak dapat membiak dalam cuaca panas begini. Yalh kut x tahulah stkt mana keshahihannya, selain menggambil supliment2 spt vitamin C, D3,B kompleks putih dsb.

Sesekali batuk ni mengganggu konserntrasi ku menaip ! masih ada lagi saki bakinya..fuhh degil betul !









Friday, May 14, 2010

3 HARI 2 MALAM.......





Selasa 11hb May 2010, sakit kepalaku menjadi-jadi,tak tertanggung lagi rasa sakitnya,pandanganku mulai kabur, muntah melambak-lambak hingga kosong jadinya,walaupun malam sebelum tu aku telah menemui panel doctor yang ada tapi tidak menampakkan sebarang perubahan pun, lalu aku menggambil keputusan untuk terus ke Hospital Pakar berdekatan.



Pendaftaran dibuat,aku ditemukan dengan Dr Kee Swee Ann ( Consultant Internal Medicine & Nephorology), setelah pemeriksaan bacaan darahku mendadak naik, apa lagi aku ditahan dan dimasukkan ke wad ( Tingkat 2/Bilik 2/Katil 3) tension ? stress ? barangkali juga,ditambah lagi dengan cuaca panas yang terlalu menggigit,aku pula terlalu sesitif dengan cuaca yang panas.....



Malam 12hb aku sepatutnya ditugaskan untuk menjadi MC pada majlis perpisahan Encik Kassim yang akan berpindah ke Langkawi, tapi nampaknya tugasku terpaksa diambilalih oleh rakan yang lain,namun begitu aku sempat melakarkan sebuah sajak khas aku ciptakan buatnya sebagai tanda ingatanku pada beliau, inilah hasilnya......



TITIPAN DARI PUTRA



Ketika subuh berlabuh
mentari mulai menyinar
aku termenung kebosanan
laluku gapai pena dan kertas
dan ku lakarkan sesuatu
buat insan bernama Encik Kassim........



Hatiku tiba-tiba menjadi sayu
emosi yang tak keruan mengundang
sayangnya aku tak dapat bersama
meraikan kesedihan dan kegembiraan malam ini
disaat aku sendiri
menanggung sakit yang amat sangat
harapanku kalian turut sama mendoakan.....



Jika diawal kedatangan
dia agak pendiam dan menyendiri
tapi kenakalan anak-anak diAgro Bank telsh mengubah
segala keperibadiannya
usik mengusik membawa bahagia
tidak kisah bila diusik
tidak pernah sekalipun nampak ada riak marah dimukanya
tersenyum riang begitulah sikapnya



Dan esok
tidak mungkin aku kan lihat lagi
lelaki kacak berjalan dengan membawa sekaki payung
menyusuri melintasi sepanjang jalan rumah pangsa
menuju ketempat kerja
meggalas beg besar setiap petang jumaat dan pagi isnin
waktu begitu berharga buatnya
menjenguk dan merindui anak katanya
sambil bersenda kami mengusik
emak @ anak yang ingin dijenguk dan dirinduinya
namun usikan membawa jenala
Encik Kassim itulah dia.......



Pada kami apa yang tinggal
kenangan sepanjang bersama
usah dilupa kami yang ada
kerana kau tetap dihati
Selamat Tinggal tapi bukan untuk selamanya.........




3 Hari 2 Malam di PSH cukup memberikan aku rasa 'kebosanan' yang amat sangat,setiap jam waktu tidurku 'diganggu' oleh para 'misi' yang ingin memastikan ubat ku 'ditelan' tepat pada masanya, tekanan darah diambil setiap masa,bacaan demamku sudah semakin menurun, aku sedikit lega bila ada perubahan demi perubahan pada setiap masa, syukur.....




" Hello, how are you today.", ' How are you this morning.." How are you now " sapaan-sapaan manja sentiasa terukir dibibir Doct Kee, aku senang sekali dengan sikapnya yang amat menggambil berat dengan para pesakitnya, menyebabkan rasa sakitku jadi cepat sembuhnya barangkali, yang lucunya setiap kali aku diperiksa ada saja yang tak kena dengan para nurse yang membantu sambil membeza-bezakan nurse di Singapore jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan nurse yang ada di Malaysia, aku hanya tersenyum meliohat gelagat lucunua yang nampak 'lembut' tapi 'tegas!', namun bagiku layanan yang ditunjukkan oleh para nurse di PSH cukup TIP TOP !!!!



Jika kunjungan ku sebelum ini hanyalah sebagai pelawat, tapi kali ini aku adalah penghuninya, kebosanan ku mengajar aku pada erti sebuah keinsafan, dalam kesibukan bekerja seharian kadangkala kesihatan aku ketepikan, kerana mahukan yang 'terbaik' kononnya tapi tanggapanku salah belaka,seharusnya ianya berjalan seiringan.......

Sunday, April 4, 2010

Pergi Dan Tak Kembali Lagi.....





Perginya Din Beramboi -Al-Fatihah.....



Berita tentang perginya seorang lagi raja lawak tanah air kita pada pagi Jumaat yang lalu iaitu Din Beramboi amat mengejutkan aku, dia yang aku kenali melalui media massa adalah seorang yang melucukan walaupun kadangkala kritikan yang dilemparkan mungkin ada yang rasa tidak senang hati...tapi itulah kritikan ikhlas yang lahir dari hati.....




Setiap pagi aku tidak pernah ketinggalan mendengar celotehnya bersama Aznil pada setiap hari aku menghantar anak kesekolah, kadangkala aku ketawa sendirian pada setiap lawak yang dibuatnya. Mungkin ada orang yang akan menyangka aku 'sewel' kerana senyum sendiri setiap kali memandu, tetapi sesungguhnya aku amat terhibur........




Airmata aku terus mengalir setiapkali ada pendengar membuat panggilan ke radio Era dengan memberikan kata-kata semangat untuknya, sebaknya suara Aznil turut membuat aku rasa sedih dan menangis dan hingga saat aku mencatat ini pun air mataku terus-terusan mengalir,dan aku rasa aku patut menghentikan catatan ini sebelum orang lain nampak!




Tetapi apa yang pastinya hari ini, esok dan seterusnya aku pasti akan merindui suara dan lawaknya....kepadanya Al-Fatihah ku panjatkan semoga rohnya bersama-sama didalam golongan orang-orang yang beriman, Amin.....

M A R U A H !!!!


"Jagalah maruah, sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup kita. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik."


M : Maruah letaknya dimuka.Kerana itu orang akan menutup mukanya apabila
malu.....

A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya

R : Reputasi mencerminkan marauh anda.Jagalah reputasi diri jangan
sampai dipijak orang.

U :Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita
dinobatkan.Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan
KATA itu adalah maruah diri.Jadilah insan yang mengotakan kata-kata.Mereka
yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya,jatuh dalam golongan
orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang lain percaya kepada kata- katanya sendiri.Maka janganlah sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa terlebih dahulu.


A :Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita.Oleh itu,amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.


H :Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia juga adalah lambang nilai maruah individu.Jangan sesekali nilai pada harga diri anda.


Wednesday, March 3, 2010

UJIAN SEBUAH KEHIDUPAN.......

Menurut pakar-pakar, 'pearl' yang mahal itu kononnya berasal daripada sebutir pasir yang memasuki tiram yang terbuka.Pasir yang masuk itu menimbulkan rasa sakit yang luar biasa, dan bagi mengurangkan rasa sakit itu, tiram membaluti pasir dengan 'air liurnya' secara berterusan selama beberapa tahun.Pasir yang disaluti dengan 'air liur' tiram itu lama kelamaan bertukar menjadi 'pearl' yang cantik dan mahal harganya, begitulah kisah sebuah kehidupan 'pearl'



Sebagai manusia , kita perlu berasa sakit dan juga melalui ujian, malahan kita perlu jatuh ketahap paling bawah supaya kita dapat bertemu dengan nilai kehidupan itu sendiri.Ramai orang mengatakan ujian hidup dan penderitaan sebagai sebahagian daripada kegagalan hidup.Itulah sebabnya kata orang 'Tidak ada kegagalan,melainkan kejayaan
yang tertunda '



Kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang tidak layak untuk dihidupi ( unexamined life is not worth living ).Hanya ada satu tempat di dunia ini di mana manusia bebas daripada segala ujian hidup, iaitu alam kubur.Bererti, tanda manusia itu masih hidup adalah ketika dia masih lagi mengalami ujian,kegagalan dan penderitaan.Lebih baik kita tahu mengapa kita gagal daripada kita tidak tahu mengapa kita berjaya.



Nampaknya, kita perlu merenung kembali bahawa matahari sentiasa tetap bersinar.Sekiranya pada masa ini hari mendung,bukan bererti matahari berhenti bersinar.Mungkin itu adalah kesempatan untuk berteduh walaupun sekejap bagi melakukan refleksi hidup atau Tuhan mahu mengatakan sesuatu kepada kita, kerana kita sibuk ada kalanya kita tidak dapat mendengar suaranya dengan jelas.Sama ada cepat atau pun lambat,mendung tetap berlalu dan matahari tetap menunujukkan wajahnya kembali.Walaupun mendung menjadi hujan,selesai sahaja hujan pasti kelihatan pelangi yang indah........

Saturday, January 16, 2010

Sabar ajelah.......





" Assalamualaikum En Jaafar, lama tak datang, sihat ?". Aku menyapa seorang lelaki separuh umur yang juga merupakan regular customer dari cawangan lain yang cukup 'cool' aku kenali. "Wassalam, aha sibuk, sihat tak sihatlah kena gerak juga, nak hidup..." Nadanya agak aneh daripada yang biasanya, aku hanya tersenyum dan membukamkan diri, mesti moody ni dalam hati berteka teki, lalu aku biarkan saja.




"Lain macam aje bunyinya..." sampuk Mas rakan sebelahku. " Apa taknya,dulu jaga 2 orang, sekarang dah 3 orang, pening kepala ni " sambil menepuk-nepuk dahinya yang lapang. Apa yang aku tahu kisahnya sebelum ini, dia menjaga seorang anak lelaki OKU dan seorang anak perempuan yang lumpuh akibat kemalangan 2 tahun yang lalu, isterinya dah meninggal, dan segala tanggungjawab semua terbeban dibahunya, kesihan juga...,dan kali ini dia turut menjaga ibunya yang sedang sakit tua. 'Sabar ajelah En Jaafar,dugaan tu, ehmmm berganda pahala tu ..." Mas menjawab. " Ikutkan hati tak sabar, dah tak ada sabar ni, pahala pun dah jadi dosa, saya tak fikir pasal pahala dosa lagi, mengarut semua." Aku agak terkejut dengan jawapannya, dalam hati berkata, wah menjadi besar marahnya kalau berterusan begini. Kami berdua tersenyum pahit bercampur baur......





"Kurang ajar !" satu penampar singgah ke muka Mia, sejak kebelakangan ini Azrul menjadi manusia yang hilang sifat kesabarannya, jika dulu tidak begitu sikapnya.Entahlah...entah iblis mana yang telah merasuk masuk kedalam jiwanya tak tahulah, Mia sendiri tak tahu kenapa,segala tanggungjawab terhadap keluarga turut terabai. Sebagai sahabat apa yang dapat aku membantunya, selain mengungkapkan perkataan 'bersabar' saja, bagi kita yang tidak menghadapinya memang senang dan mudah mengatakan sabar, tapi bagi diri Mia sendiri yang terpaksa menghadapinya ?




" Inilah nasib kita Siah, terima ajelah...." Ungkapan yang sering terkeluar daripada mulut Pak Enal terhadap isterinya, pada setiap kali isterinya mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya tanpa sebarang usaha dibuat, menyerahkan segalan nasib pada takdirnya Allah.




Insiden-insiden seperti di atas, adalah antara sebahagian daripada kejadian-kejadian yang menguji manusai pada sifat 'sabar'.Sifat sabar adalah antara sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan.Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran dari Allah S.W.T. dan sifat sabarlah yang akan membantu manusia mengharungi setiap cabaran dan ujian yang mendatang.




Tetapi sejauhmanakah kesabaran yang ada dalam diri hamba-hambaNya.Pun begitu adakah sabar itu bererti hanya mendiamkan diri saja apabila ditimpa ujian, seperti Nasib Pak Enal dan Mak Siah ? atau kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia ada manusia harus terus-terusan berdiam diri sahaja tanpa ada sebarang usaha atau tindakan untuk keluar dari musibah tersebut walaupun sering dianiaya dan didera seperti kisah Mia dan Azrul ? Menyerahkan kepada takdir saja cukupkah ?




Istilah sabar sebenarnya adalah amat luas, terpulanglah kepada kita untuk mentafsirkannya, bak kata orang, bumi mana yang tidak ditimpa oleh hujan, begitulah juga nama pada sebuah kehidupan, insan tidak pernah sunyi daripada ujian Tuhan.Jalan hidup tidak pernah lurus dan mudah, malahan laluan yang berliku-liku....




Tiada masalah yang tidak ada solusi, mungkin kekadang kita tidak sedar, bahawa sifat sabar itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 99 nama Tuhan @ Asma Allah yang agong.Sabar adalah sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan. Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian dan sifat sabarlah yang akan membantu manusia mengharungi setiap cabaran yang mendatang.Tetapi sejauhmanakah sabar akan terus bertahan ? Selagi kita hanya duduk diam sahaja apabila ditimpa ujian tanpa ada usaha-usaha kearah kebahagiaa dan keceriaan pada sebuah kehidupan? Fikir-fikirkan lah.....

Saturday, January 9, 2010

ERTI SEBUAH KASIH SAYANG......



Pagi tadi semasa dalam perjalanan daripada Kluang ke Bndr Tenggara Kulai, satu kejadian yang berlaku didepan mata menjadi saksi segala-galanya......




Siibu dan sianak seolah-olah tidak mahu meninggalkan sisuami dan jua siayah kepada sianak bersendirian disitu, kenderaan yang lalu lalang menjadikan jalan sibuk dan 'jem', airmata siisteri dan sianak berguguran deras, melihatkan darah merah yang mengalir dari kepala dan tubuh suaminya tak henti-henti, dan sementara aku yang menyaksikannya juga turut merasa sedih..,takdir Tuhan tidak siapa yang dapat menahannya, sebuah perpisahan dari sebuah kematian adalah amat menyedihkan.....




Seorang tua cuba memindahkan siisteri dan anaknya di tepi jalan, sementara mayat sisuami cuba ditarik ketepi, dikuit kaki suaminya berkali-kali dengan harapan sisuami masih ada harapan untuk hidup, sementara sianak tak henti-henti meratapi siayah disisi. Siayah cuba menyelamatkan isteri dan anaknya daripada sebuah lori tangki yang membawa gas, tapi dalam pada masa yang sama,laluan kereta yang memotong laju telah mengenai dirinya. Kasihan siayah demi cintanya terhadap anak dan isteri, nyawa dan badan terpaksa menjadi taruhan....




Tragedi menyayat hati pasti tidak dapat dielakkan, seandainya ketentuan takdir telah tiba masanya tanpa mengira makhlukNya.Inilah kisah kesedihan yang menimpa keluarga sekelompok monyet yang sedang sibuk menyeberangi sebatang jalan raya. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh haiwan ada ketikanya melebihi nilai kasih sayang yang dipaparkan oleh manusia seperti kita.Oleh itu cuba kita renungkan bersama.....

Erti dan nilai sebuah kasih sayang.......