CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 18, 2009

Selamat Hari Lahir










'Selamat Hari Lahir Mummy'




Hari ini genaplah sudah usia 'mummy' 65 tahun...Sebelum ini sambutan hari lahir 'mummy' kami buat hanyalah di rumah dan jika sambutan tidak dapat dibuat hanyalah ucapan 'Happy Birthday To You' ku ucapkan dihujung talian telefon...tapi hari ini aku dan adik membuat sedikit kejutan, rancangan telah diatur, jam 3.30 ptg adik membawa 'mummy' ke KFC , dalam pada masa yang sama aku dan anak-anak telah terlebih dahulu tiba, setibanya 'mummy' untuk mengambil tempat duduk, kami keluar dengan membawa kek yang ku beli khas di 'secret recipe' sambil menyanyikan " Happy Birthday To You......"



'Mummy' nampak terkejut, itulah kejutan yang dapat kami buat untuk 'mummy' tersayang. Untuk 'mummy' ku lakarkan sebuah sajak khas untuk mu 'mummy'........


Hari ini 18.04.09...adalah tarikh keramat mu 'mummy'
tarikh tanda kesyukuran kerna kurniaan Mu Tuhan
kerna kurniaan kesihatan yang baik untuk 'mummy'
Alhamdulillah....
kesihatan mummy diusia ke 65 tahun hari ini cukup menggembirakan kami
'mumy' kasihmu aku hargai
sayangmu membahagiakan aku
dan tak rela rasanya untukku leraikan rasa sayang itu
walau apa jua yang melanda
kasih sayangmu tiada batasan
dan kau adalah segala-galanya.......


Ketidaan insan bernama ayah dalam usia pembesaran kami berdua
tiada bezanya aku dengan insan lain yang punya 'pelengkap' hidup
tiada apa yang menyedihkan
cuma....
kekesalan yang tak terungkap dengan kata-kata
biarlah saat-saat itu hanyut terus dari ingatan ini
kerna kekuatan 'mummy' dalam usaha membesarkan kami
amat membanggakan!


Dari pelbagai sudut kepayahan dan keperitan
'mummy' membesarkan kami dengan penuh keikhlasan
pelbagai rintangan terpaksa diharungi
tapi kini dengan kebesaranMu Ya Allah
kepayahan itu rupanya adalah hanya satu 'laluan'
dan ranjau itu rupanya adalah 'azimat'untuk mencapai nikmat hari ini


Terima kasih 'mummy' kerna kepayahan mu
terima kasih kerna kesedihan dan kesabaranmu
telah mengajar aku pada menghargai saat-saat kepayahan
doa kami semoga 'mummy' akan terus menikmati kebahagiaan hari ini
dan untuk selama-lamanya selagi kami terdaya........
'Selamat Hari Lahir Mummy.....'