CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

PROGRAM SEHARI BERSAMA PELANGGAN







Hari ini adalah hari Program Bersama Pelanggan 2009, program yang 'mesti' dibuat oleh semua cawangan di Malaysia, dengan tujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara bank dengan para pelanggannya, seterusnya untuk meningkatkan/ menjana pendapatan yang membawa kepada keuntungan kepada bank. Tambahan pula pada akhir tahun begini semua mengejar keuntungan yang sebaiknya, sebab nak bonus..... he he....

Sunday, December 27, 2009

BILA UNGKAPAN RINDU MULA BERTAMU.....











Keindahan ungkapan yang menjadi minatku kiriman dari seseorang yang aku kenal...Syuk.....
Inilah dia....., terima kasih.....




Mana wajahmu dapat ku tatap


Mana dirimu untuk ku dakap


Sungguh hatiku amat berharap


Membuat lenaku tak pernah lelap



Ada rumah tiada jendela


Nampak puteri menari-nari


Hatiku resah menanggung rindu


Harap dikau ada disisi




Apakah ini cinta ? apakah ini rindu ? apakah ini sebenarnya ??? Barangkali terlalu sukar untuk mentafsirkan maksud disebalik permainan ini, namun inikah realiti pada sebuah perhubungan ?Kekadang aku seolah bermain perasaan yang melekakan sedangkan segalanya hanyalah khayalan pada sebuah kehidupan yang samar...


Saturday, December 26, 2009

ANAK OH ANAK.....

Ketika Nabiha menunggu mendapatkan rawatan

Ketika rawatan 'flash' dilakukan




'' Ibu.....," "saya....," " ibu...." "saya...." sayup aku terdengar suara anakku Biha, waktu itu dalam pukul 1.00 am, mataku umpama tak boleh buka, mungkin terlalu penat semalam, waktu memandu pulang ke BP pun mata ini seperti dibuai-buai, tetapi aku cekilkan juga mata ni ...Pukul 5.00 petang ada pulak temujanji dengan Naz dan Iskandar dari Pasir Gudang mengenai perjanjian 'jual dan beli' ehmmm...




" Ibu, adik sakit telinga..." perlahan suara Girl memanggil pula aku, aku terus bangkit lalu mendapatkan Biha, naluri seorang ibu menjadikan aku seperti dalam kebinggungan, " adik kenapa ? sakit macam mana ?" Biha kerap mengalami sakit telinga sebegini, lalu aku bingkas mengambil ubat yang aku dapatkan daripada Hospital Pakar Pantai beberapa bulan yang lalu,dan aku tititskan kedalam telinganya, diam sekejap, kemudian menangis lagi, Ya Allah kasihannya... " Adik boleh bertahan ke ?" dia menggelengkan kepala, lantas aku membuat panggilan ke Putra Specialist Hospital, bertanyakan pakar E.N.T. nya Doktor Zaki samada dia bertugas atau tidak esok, " maaf puan Dr Zaki tidak ada esok," jawab telefonis lembut. " Ok, terima kasih..."



Lama juga Biha bertahan, sekejap sakit,sekejap tidak, nak pergi hospital ke tidak? aku bertanya aku juga menjawab, lalu keputusannya, baik pergi hospital sekarang...Jam 3:oo am aku membawa Biha ke wad kecemasan Hospital Besar BP, " Assalamualaikum encik, saya nak dapatkan rawatan untuk anak saya," sambil tangan menghulurkan 'birth certificate' kepada pegawai yang bertugas di kaunter pendaftaran tersebut. " Iffah Nabihah " suaranya memanggil , " Puan tunggu di bilik rawatan 1 ya !" " ok, terima kasih encik..." Rasanya inilah kali pertama aku melihat suasana di wad kecemasan tiada pesakit yang datang mendapatkan rawatan, jika tidak pada kebiasaannya banyak kes seperti lelah, kemalangan dan yang mahu melahirkan berbaris-baris menunggu. Aku rasa selesa betul dan Doktor serta pegawai-peagawi perubatan yang lain juga mungkin agak 'rilex' sedikit.






" Iffah Nabiha !" suara seorang Doktor berbangsa cina memanggil, 'Good morning doc." aku menyapa, " morning." jawabnya sambil tersenyum segak, walaupun matanya yang sepet bertambah kecil kerana mungkin kurangnya masa berehat dan mengambil curi untuk melelapkan mata barang seketika.






Beberapa kali telinga Biha di 'flash' dengan pancutan air, menjadikan dia sedikit merasa pedih tapi masih lagi boleh bertahan nampaknya.Nampaknya Doctor tadi sendiri gagal untuk mengesan apa yang ada didalam telinga Biha, lalu datang pula seorang Doctor wanita memeriksa dan meneropong ke telinga Biha, " something like "kutu babi', but i'm not sure," " sini jap" Doctor tu memanggil seorang pegawai perubatan yang lain, " Ini bukan kutu babi Doctor, mungkin " cuma 'fungus', dekat hampir 1 jam telinga Biha di 'godeh' Doctor terus memberikan padaku resit untuk mengambil ubat di Farmasi, no telephoneku diambil, katanya 2/3 hari lagi temujanji dengan Doctor Pakar akan dibuat dan dirujuk ," ok Doc. thank you "






Kemudian aku melangkah keluar, tapi berpatah balik semula mendapatkan Pegawai yang mula-mula aku temui tadi, seolah rasa tidak senang hati selagi ucapan terima kasih tidak aku ucapkan kepadanya, kerana layanannya yang mesra tadi, " Encik, terima kasih" " Ok, sama-sama" jawabnya sambil tersenyum.





Setelah ubat diambil, aku pun pulang kerumah tepat jam 4:30 am, apa lagi aku sambung tidur semula, ehmmm hari ini waktu Subuh ku jam 6:30 am, sambung tidur lagi sehinggalah "Ding Dong,Ding Dong....." berbunyi kuat loceng rumah ditekan, apabila ku jenguk,ooh agent insurance AIA ,lupa pulak aku siapa namanya, janjinya dan masanya tepat sungguh, begitulah jika nak maju..ambil duit untuk insurance anak-anakku, ialah demi masa depan mereka...

Friday, December 25, 2009

PERCUTIAN YANG SINGKAT DAN Kisahnya.....

Di INB RESORT



Cabaran Go Kart...pengalaman pertama



Dah nak balik dah.....


Bersama ratu cantik pelancongan dari 65 buah negara di dunia



Hari ini adalah hari ke 2 aku bercuti, rancangan untuk bercuti dengan anak-anak belum lagi terlaksana, kesibukan bekerja kadangkala membatasi segala-galanya, terlalu sedikit masa yang aku ada untuk mereka, kesukaran untuk mengambil cuti adalah penyebabnya, kasihan mereka "maaf sayang, ibu terlalu sibuk, tapi percayalah kasih sayang ini tak pernah berubah, namun janji ibu akan ibu tunaikan tak kiralah kemana pun, apa yang pasti masa ibu untuk bersama-sama kalian akan ibu laksanakan....."


Bercuti di persekitaran kawasan pantai/laut bukan lagi menjadi minatku seperti 5 @ 6 tahun dahulu, semenjak peristiwa sunami terjadi langsung aku menjadi 'takut'@'fobia' dengan laut dan secara tiba-tiba mengingatkan aku pada kejadian itu,sungguh menyedihkan, Ya Allah inikah ujian,apakah ini balasan @ sekadar hanya ingatan ??? SubhanaAllah.


Meskipun anak-anakku pandai berenang, namun bermain di tepian pantai memerlukan pemantauan dan pengawasan yang lebih kerana banyak kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh kelalaian yang sedikit, mungkin % nya agak kurang, namun takdir Illahi tak siapa menduga, pun begitu panjatan doa untuk semua umat manusia di dunia adalah keikhlasanku...


Hajat dihati aku nak ke negeri sebelah Pantai Timur, tetapi memandangkan cuaca yang sebegini aku terpaksa membatalkannya tambahan pula cuti yang ada tidaklah lama mana, rasa dah lama tak aku kunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang tu, terima kasih kepada Ustaz Rohaidi dan Meiza yang sudi menerima kunjungan kami yang lalu. Sebenarnya aku lebih 'prefer' ke kawasan pergunungan terutamanya di Genting @ Cameron Highlands, tetapi pesanan ramai kawan-kawan 'tak usah long,bahaya!', dalam hati berkata ,ehmmm ramai yang sayang rupanya....tq all my friends..i love all of u.....,namun apa pun aku mesti kunjungi lagi bumimu, kerana keindahanmu seolah-olah melambai-lambai kehadiranku.....


Setelah semua kerja-kerja rumah dan semua urusan-urusan lainnya aku bereskan, dan setelah semua barang-barang siap di 'packing', aku memacu kenderaanku kearah utara. Destinasiku yang pertama ke Hotel Pelangi Bandar Maharani untuk mengambil suamiku yang membuat tugasan rasminya disana,sementara tu aku berkesempatan untuk menjenguk kawan-kawan bank yang lama tak aku temui yang mana kebetulan hotel tersebut bersebelahan dengan bank,ehmmm... kata orang kalau dah rezeki tak kemana,kata orang langkah kanan kut!!!Kebetulan program 'Sehari Bersama Pelanggan' cawangan Bndr Maharani dibuat pada 24hb, so macam2 hidangan dibuat untuk para pelanggannya dan apa yang lebih penting antara hidangan tu adalah makanan kegemaranku....UBI REBUS dicecah dengan SAMBAL TUMIS CILI PADI, wow ! sedap betul, malam sebelum tu bukan main aku mencari ubi rebus tu tapi hampa..well ! today i find it... anyway for Milah,Izan and encik Musa thank you so much....


Selingan...." Hai, kak Ana ke,kak Sal ya ! nak kemana ?" aku menyapa seorang wanita yang pernah aku temui kalau tak silap bekas isteri arwah encik Nordin , dan pun kurang pasti samaada dia isteri pertama atau kedua arwah,dia berjalan beriringan dengan seorang lelaki, dan lelaki itu seperti seperti pernah aku lihat sebelum ini, dia berpatah semula, " eeh siapa ni ya ? Kak Ana..." " alonglah bank ???? " " ooh ya...baru ingat, nak kemana ni? " tanyanya, " saja jalan-jalan..,kak Ana daripada mana ?" " Haa ni ha...buat business ni,senang tau " sambil menghulurkan padaku sekeping kertas. " Oh ya ke ! oklah kak Ana, along jalan dulu ya !" sambil menghulurkan tangan bersalaman. Yalah masing-masing orang, masing-masing punya cara untuk menambahkan pendapatan keluarga, janji halal dan tidak menyimpang....


Didalam kenderaan kami berbincang.....Aha, kita ke Melaka dan KL oklah kan ! GO !....
" Good afternoon, i'm Asmaliza, i would like to reservation for today ,one family room plz, if you have ?" aku membuat panggilan di sebuah resort yang terletaknya di Ayer Keroh, INB Resort,
sesampai di sana, apa lagi langsung anak-anakku menyarung 'swimming suit' mereka .BOM! bunyi kocakan air, mereka seperti ' kemaruk' melihat air galaknya .Sementara aku duduk saja didalam bilik, log in BB, buka FB dan tengok Blog dari bloger-bloger seluruh malaysia, itu yang menjadi minat aku selain mendapatkan idea-idea baru.


Dan disebelah malamnya,aku membawa anak-anakku menonton movie bertajuk 'Santau' , itu sajalah aktiviti-aktiviti malam yang agak santai boleh dilakukan, sebenarnya aku agak kurang berminat dengan cerita-cerita sebegini, tetapi memandangkan hanya itu saja filem yang sesuai ditonton jadi mereka 'akur' dengan cadanganku.Kesimpulan yang boleh aku buat daripada filem itu ialah betapa perkara seperti santau menyantau dan kerana sifat cemburu melihat kesenangan orang lain masih lagi menjadi satu hasad dan dengki manusia hari ini tanpa mengira siapa sedangkan perbuatan seperti itu bukan saja dimurkai oleh Allah tapi menganiya kehidupan orang lain yang tidak berdosa, sempatkah kita meminta maaf sekiranya kita lebih dahulu diambil Tuhan ?


Bunyi deringan dan panggilan telefon ku sebanyak 6 kali sengaja tidak aku angkat dan biarkan semasa aku sedang enak menjamu selera bersama. ' ma'af el, panggilan kau tak kuasa aku nak menjawabnya, dah berapa kali aku beritahu kau, ' tak boleh', cubalah kau fahami itu....' aku harap kau baca blog aku dan fahami segalanya. I'm so sorry, please understand me.

Wednesday, December 23, 2009

SYOKNYA BERCUTI....

Hari ini aku bercuti....rasa lapang kepala ni, tapi bila teringatkan rakan-rakan ' kesiannya mereka...' kerja melambak-lambak kat office tu, ditambah lagi 29hb ni kami akan mengadakan program ' Sehari Bersama Pelanggan' banyak persiapan yang perlu dibuat dan dilaksanakan, tapi apa nak buat kadangkala bila difikir-fikir, ' terlalu sedikit masa yang aku habiskan bersama keluarga ' "aduhai pening kepala ni Boss, esok dan lusa along bercuti, kita tak cukup staff,mana nak kejar cawangan kecil lagi..." aku dengar Kak Nor mengadu dengan my Boss, maaf Boss dah 1/2 tahun saya tak ambil cuti dalam diam hatiku berkata 'penting juga aku ni....he he '



Tapi yang lebih kasihan bila beberapa orang customer yang dah biasa dengan aku menalipon telephone bimbit aku, hari ni aje 3 orang yang menghubungi aku, nak tanya balance account, nak statement lah dan tanya pasal pinjamanlah, maaflah encik saya tidak bertugas hari ini, suruh talipon bank mereka tak mahu, mahu tak mahu tunggulah next week i'll come back....,anyway thank you for everything....aku perlukan istirehat.




Tengahari ini rasa-rasa macam nak masak nasi ayam hainan, dah lama tak masak nasi ayam kegemaranku, tapi my mum yang tibanya semalam pagi-pagi lagi dah begitu beria-ia nak ajak keluar, "mummy nak belanja makan ," so aku pun start kereta pergi ke Taman Maju, kedai Bro tu..lauk pauk mak datok banyaknya, ( nak snap gmbr,ramailah orang pulak, malu! nk masuk blog he he ), tapi aku tak makan apa pun, malasnya nak makan nasi pagi-pagi ni, aku hanya menemankan mereka makan aje, minum air masak suam udah le...kalau ada mee hoon goreng tu nak juga aku makan (my favourite food)....


Kemudian aku ke Affin Bank bayar duit kereta lalu terus ke Summit The Store, beli keperluan 'make up' aku, aha biasalah orang pompuankan ! dah dapat apa yang aku nak, pergi petrol station, isi minyak...( bukannya perut aje yang perlu diisi kan ), ingat nak ajak mummy minum cendol special dekat Bus Station lama tu, tapi perut rasa tak selesa, kepala pulak dah mula pening, "kita baliklah ya ! kepala ibu ni dah mulalah...." PENING.!!!...aku tengah baca satu buku tentang berbekam baik untuk mereka yang mengalami migrain, nanti bila dah habis baca aku nak tulis dalam blog sejauh mana kebaikannya berbekam tu...i'll to be continued.....

Tuesday, December 22, 2009

INILAH PANDANGANKU.....



DIPERCAYAI lebih utama daripada DICINTAI. Demikian ungkapan daripada orang yang arif tentang cinta.Ramai yang kurang setuju dengan kata-kata ini.Masakan begitu detik hatiku berkata.Teringat kembali detik-detik mengetahui cinta kita telah di terima oleh si dia....Ah gembiranya saat itu.Dunia ini seakan tersenyum, bulan mentari dan bintang seakan turut bersama dalam meraikan detik-detik yang sangat indah itu.Bukankah DICINTAI lebih utama daripada DIPERCAYAI ? Hati mula berkata dan berfikir......



Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab.Cinta itu untuk MEMBERI bukan untuk MENERIMA. Lafaz " Aku terima nikahnya ..." oleh suami bukan bererti kita MENERIMA sebaliknya untuk MEMBERI.



Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melafazkan @ membahagiakan.Jika perpautan itu lebih kuat lagi maka dinamakan "rindu" sehingga relakah seseorang menjadi hamba kepada kekasihnya. Masih ingat lagi kisah cinta Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf as teramat sangat sehingga sampai pada puncak kerinduan.Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya demi cintanya terhadap Yusuf sehingga dia menghadapkan ke langit, seolah-olah nama " Yusuf " itu termaktub pada bintang-bintang.....



Setelah menjadi isteri Yusuf, dia lebih suka menyepi utnuk beriadah, lalu menjauhi Yusuf.Ketika Yusuf memanggilnya kebilik disiang hari, maka dia menolaknya sampai datangnya malam.Namun ketika Yusuf memanggilnya di malam hari, maka dia menundanya sampai siang hari.Lalu dia berkata " Wahai Yusuf dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia, maka kini setelah aku mengenaliNya, maka tidak ada lagi cinta selain untukNya." Dan aku tidak perlukan penggantinya.....



Sehingga Yusuf berkata kepadanya, ' Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dengan mengkhabarkan bahawa Dia hendak keluarkan 2 orang putera daripada rahimu yang mana keduanya akan Dia jadikan sebagai nabi.Kemudian Zulaikha berkata 'Jika Allah memerintahkanmu demikian, dan menjadikan aku 'jalan' untuk itu, maka aku akan menta'ati perintah Allah.Kemudian dengan suka hati dia terus melayani Yusuf as.



Ingatkah kisah cinta Laila dan Majnun ? " Siapa namamu ?" Majnun bertanya.Dia berkata " Laila". " Bukankah dia telah mati ?". Dia menjawab "Tidak, Laila ada dihatiku,dia tidak pernah mati " Hingga pada satu masa ketika dia melewati rumah Laila.Dia memandang ke langit,maka dia bertanya, "Wahai Majnun, janganlah memandang ke langit, tapi pandanglah rumah Laila barangkali engkau dapat melihatnya. Lalu Majnun menjawab " Cukuplah aku memandang bintang dimana cahayanya menyinari rumah Laila"



Pada pandanganku...cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian.Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berhadapan dengan ujian. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta bakal tercalar. Pada ketika itulah cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut pada satu kepercayaan.....

Monday, December 21, 2009

Hanya Yang Terbaik Untuk Menjadi Lebih Baik







Sedang aku berfikir-fikir apa yang nak aku nukilkan hari ini, tiba-tiba fikiran ku diterjah dengan satu ayat yang masih lagi aku dengari hingga ke saat ini " Apa baiknya Face Book tu ! semuanya ajaran Yahudi !" Tersentak aku mendengarkan kalimah itu, ' terasa' pun ada, aku hanya mendiamkan diri kerana aku juga adalah antara jutaan Blogger dan pengguna FB yang ada dimerata dunia .




Sebenarnya apabila kata-kata itu kita kaitkan dengan teknologi canggih masa kini. 'Sindiran' itu sebenarnya membuka satu ruang untuk aku dapatkan satu idea yang hebat dan tepat ....akan aku kupas sedikit demi sedikit..walaupun tak sehebat dan setepat mana, sekadar sekilas pandangan dari insan kerdil bernama aku....




Firman Allah yang bermaksud :




" Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui dan orang yang mendapat petunjuk " ( Surah Al-Nahl 16:125)








Apa yang ingin saya kaitkan disini melalui Firman itu adalah mengenai perkembangan teknologi masa kini kerana ianya sering dikatakan boleh mencabar iman umat Islam terutama remaja malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media moden tersebut.Jika suatu ketika dulu kanak-kanak suka menonton TV @ Video Game, tapi kini tidak lagi, mereka lebih sukar berenggang dengan internet & berchatting dsb.







Persoalannya sekarang, salahkah teknologi memenuhi alam ini pada masa sekarang @ kita yang tidak tahu memanafaatkan teknologi hingga remaja kini tiada pilihan ?Asyik menyalahkan satu pihak tanpa berusaha mengatasinya rasanya adalah tidak adil. Ibarat bidalan kalau tidak pandai menari, jangan dikatakan lantai yang rendah.Sepatutnya mereka kena belajar cara menari yang betul supaya mereka tidak terjatuh dan tergolek diatas pentas.







Sebenarnya teknologi moden tidak salah, sebaliknya kitalah yang seharusnya bijak menggunakan teknologi itu serta apa kebaikannya. Barangkali anak-anak kita lebih pandai memanafaatkan teknologi itu, maka kita harus mendorong mereka supaya memanafaatkannya ke arah kebaikan.Tetapi dalam keadaan ibu bapa sekarang ini yang sentiasa sibuk seperti aku contoh yang paling dekat, persoalannya bolehkah aku membimbing anak0anak kearah itu ?Anak kecilku Iffah Nabihah berusia 7 tahun pun dah pandai berchatting dengan kawan-kawannya dan mengemaskinikan firendsternya.







Pengetahuan tentang penggunaan ICT dapat memperkasakan lagi peranan teknologi dimana ianya boleh digunakan untuk umat Islam dalam memperkembangan syiar Islam. Kalau umat Islam tidak menggunakkanya ia sudah pasti akan digunakan oleh pihak lain untuk memusnahkan kita.




Sesungguhnya Teknologi moden yang menjadi alat komunikasi terpenting masa kini pasti turut memberikan peluang kepada para pendakwah merentas dunia dengan mudah dan cepat. Mereka tidak lagi perlu menjelajah seluruh dunia, tetapi cukup menerusi Internet.Sekiranya peluang ini digunakan oleh pendakwah sudah pasti mereka boleh berdakwah kepada rakan-rakan FB diseluruh dunia, lantaran itu para pendakwah juga harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai ICT. Apabila pendakwah sudah dapat menguasainya sudah pasti sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja dan mereka yang banyak hidup bergantung dengan ICT.







Dalam laman web atau blog, pendakwah boleh menyediakan ruangan unutk pengunjung-pengunjungnya berkomunikasi secara langsung, disamping memaparkan artikel yang mampu mendidik pelayar menjadi Mukmin yang bertaqwa.Menurut satu laporan, semenjak tahun 1999, Internet telah menjadi antara sumber utama masyarakat dunia untuk mencari maklumat serta kefahaman mengenai Islam.







Kewujudan laman web dan blog secara tidak langsung dapat menolak laman web agama songsang yang banyak bercambah kini. Ratusan laman web menyeleweng yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuan agama seperti aku.....







Percayalah persembahan yang baik dengan layout yang menarik akan memberi impak kepada pengunjung.Selain itu pengisian artikel yang lebih mantap dengan hujah yang kuat akan menyebabkan pelawat terus berkunjung dan bertambah.Renung-renungkannlah.....

Saturday, December 19, 2009

SANTAPAN HARI MINGGU

Kata orang " Nak pikat suami dengan ikat perutnya" eehh betul ke ayat tu ? tapi lebih kurang macam tu kut..maksudnya lebih kurang si isteri mestilah bijak jaga perutnya agar sentiasa kenyang dengan santapan yang kita hidangkan buat sang suami, tapi bila di fikir-fikir zaman ini kena kawal makan sebab lebih makan akan memudaratkan kesihatan...tapi si isteri mestilah juga 'cerdik' menjaga jenis makanan apakah yang baik untuk hidangan keluarganya..apa kata pakar pemakanan tu biarlah seimbang.



Hari ini awal pagi aku dah bangkit, tanak nasi, keluarkan ikan daripada frezer, ikan siakap semalam yang terbantut aku nak memasaknya, sambil pada itu aku buka blog sambil berfikir apa nak aku catatkan hari ini, sementara cari idea itu aku cuba upload gambar untuk dimuatkan dalam face book just for fun !







Aha....nak tahu apa hidangan aku tengahari ni ? Haaa tu kat bawah tengoklah, kalau nak rasa jomlah !










Makanan hidangan tengahari tadi siakap stim halia dengan sup sayur umbut black pepper ( umbut pemberian pak Nuar, t.kasih...klu Pak Nuar tak beri, tentu anak2 saya tak tahu apa itu umbut kelapa )

Pencuci mulut (puding laici) kalau tak kena sindir oleh suami dan anak bujangku,pasti buah tin yang ada tak terusik..












Satu lagi masakan yang menjadi kegemaran keluarga ku, ikan patin masak lemak cili padi plus tempoyak dan ikan asam rebus dengan bendi...ehmmm sedapnya !

INGAT MATI TINGKAT PRODUKTIVITI

Apabila kita membicarakan tentang manusia dan kehidupan, kita sebagai manusia pastinya akan melalui beberapa proses kehidupan, iaitu kehidupan dialam rahim,kehidupan di dunia, kehidupan dialam barzah dan kehidupan di padang mahsyar.



Hari ini selepas pulang dari pasar, (bagi membuat juadah keluarga tengahari ini), aku dikejutkan lagi dengan berita kematian ayah kepada seorang rakan. Inalillilahi...lantas jam 1:00 pm aku dan suami berangkat kerumah cikgu Hasrol..lalu lauk pauk dan niat untuk memasak terpaksa aku lupakan, hajat dihati nak masak 'siakap stim halia' salah satu makanan kegemaran anak-anakku,almaklumlah hanya cuti-cuti begini sajalah aku berpeluang menyajikan sajian yang lebih sedikit untuk keluarga, tapi maafkan ibu anak-anakku, aku 'terpaksa' mendahulukan tuntutan silaturahim'.Tambahan cikgu Hasrol tidak mempunyai saudara mara di sini...kasihan dia, buat 'Syuk'nanti kita sambung berborak ya dik.....



Jenazah dikebumikan ditanah kelahirannya di Melaka, air mata ku mengalir lagi," Emak kenapa auntie tu menangis ?" tegur seorang anak kecil pada atoknya, lantas aku memeluknya...kesian Marsha dah tak ada atok...dan pernah satu masa 2 orang anak kepada pelanggan bank (berketurunan cina )mati kerana kedai milik ayahnya terbakar, berjurai-jurai air mata aku keluar sehingga setiap kali melintasi deretan kedai itu aku tak mahu menolehnya, hingga menjadi bahan ketawa anak-anakku dan hingga saat aku menulis ini, air mata ku bergenang-genang dikelopaknya.



Pernah aku terbaca pada satu artikel yang berbunyi " Ingat Mati Tingkat Produktiviti" Kita perlu tahu peri pentingnya ibadah umum.Ibadah umum yang kebanyakkannya dikatogerikan dalam fardu kifayah.Fardu kifayah pula dalam Islam kedudukkannya adalh lebih tinggi daripada ibadah sunat.



Bila berbicara tentang mati akan menyebabkan kita jelas tentang hidup.Persediaan menghadapi mati dibaut semasa hidup,keadaan hidup selepas mati sangat berkait dengan keadaan sebelum mati ! Ingat mati bermakna kita ingat hari pertemuan dengan Allah pada hari akhirat.


Orang yang ingat mati juga akan menyegerakan taubat, meningkatkan ibadah dan tenang dalam hidup.Itu maksud hadis.Sama ada ibadah asas, sunat @ umum.Tapi orang yang takut mati akan hilang semangat untuk hidup.Takut mati menyebabkan meraka juga takut untuk hidup,hilang daya dan tenaga utnuk berusaha, apakah benar begitu ????


Jua untuk Elly dan keluarga, TAKZIAH ! kerana perginya seorang ayah yang dikasihi minggu lepas, bersabarlah Elly, ingatlah setiap yang hidup pasti akan melalui saat-saat kematian yang pastinya tidak kita duga bila ianya akan tiba....Al-Fatihah,Amin.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

' MEMANTAPKAN UKUWAH DAN MEMPERKASAKAN UMMAH '


HIJRAH - SUATU TITIK PERUBAHAN......

Melangkah ketahun baru 1431H,pertanyaan yang selalu diungkap adalah 'apa azam tahun baru ini ?' Pelabagai jawapan yang akan kita dengari,namun apa yang pasti kejayaan dan harapan tinggi menggunung adalah harapan setiap insan.


Berkembangnya Syiar Islam adalah kerana penghijrahan, tidak perkasa seseorang manusia itu jika tidak mengutamakan agamanya sendiri dan tidak akan maju seseorang manusia itu jika tidak melakukan sebarang perubahan pada dirinya sendiri.


Begitu juga dengan kemenangan yang diraih oleh pasukan bola sepak Malaysia semalam yang dapat mengalahkan pasukan Vietnam, kerana kesungguhan dan sikap dan harapan untuk menang akhirnya kejayaan adalah milik mereka, setiap kemenangan itu adalah kerana sikap ingin berubah untuk berjaya, TAHNIAH ! untuk Raja Gopal yang berjaya melatih anak-anak buahnya berubah untuk berjaya....


Oleh itu setiap insan perlu berubah sikap untuk berjaya dalam satu kehidupan yang lebih baik, perubahan sikap, minda,tingkah laku dan sebagainya adalah perlu..bagi aku sendiri mengharapkan yang terbaik dalam segala bidang dan kehidupan, InsyaAllah.


Buat anak-anakku dan semua orang yang tersayang, kasih sayang aku saja yang tidak akan berubah...kalian tetap no 1 dalam kehidupan aku, dan aku berjanji untuk melipatgandakan lagi kasih sayang itu, agar aku bakal menjadi ' ibu yang terbaik' dan menjadi ' role model ' kepada mereka.


Akhirnya Salam Maal Hijrah untuk semua insan di dunia....

Takdirnya Illahi Tak Siapa Menduga.....

Dapat aku rasakan betapa bulan ini terlalu banyak berita kematian yang aku terima.Semalam....16hb Dec 2009, perginya rakan seperjuangan meninggalkan kami, Encik Aman pergi buat selama-lamanya, demam yang dialaminya menjadi penyebab kematiannya, kepada seluruh keluarganya, kami warga kerja bank mengucapkan takziah...meskipun perhubungan kami tidaklah serapat mana,namun ikatan persahabatan dan persaudaraan tetap ada....



Kenangan semasa sama-sama berkrusus untuk beberapa hari hanya tinggal kenangan, arwah seorang yang 'simple', hatinya mulia dan baik hati, tidak pernah sekali bersuara tinggi,mungkin Tuhan lebih menyayanginya,untukmu sekalung Al-Fatihah ditujukan....semoaga dirimu tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.



Dan pada 15hb, terpampang didada akhbar dengan kandungannya mengisahkan seorang ayah yang cuba menyelamatkan menantunya yang lemas menyebabkan siayah turut lemas bersama
Bila diamati dan dari cerita yang aku terima, rupa-rupanya dia adalah bekas guruku... Cikgu Ellias. Dia pergi buat selama-lamanya...kasihan puan Latifah yang kehilangan suami dan menantu, buat anaknya yang baru 4 bulan mengandung lebih terasa apatah lagi bila anak hasil hubungan kasih sayang dan cintanya lahir kedunia nanti, dan saat-saat dia memerlukan sang suami disisi, tapi kini telah tiada di dunia, Ya Allah besarnya dugaanMu...

Sunday, December 13, 2009

SEMALAM DI BANDAR TENGGARA

Kesedihan terus terusik apabila membaca akhbar kisah ' pengantin lelaki maut lepas nikah 3 jam '....Tempoh 3 jam hanya sempat dinikmati oleh seorang lelaki untuk bergelar suami....AL FATIHAH buat Allahyarham Mohd Ariff,Ab Kadir,Mohd Farhan dan Apsah. Buat Teh Affifah dugaanmu amat besar, namun pasti ada hikmah disebalik kejadian dan Takdirnya Tuhan itu,bersabar adalah kunci segala-galanya, mungkin bagi aku yang tidak mengalami amat mudah mengucapkan kata-kata sabar itu, tapi apa lagi..apa yang pasti aku turut merasa kesedihan itu...



Satu lagi kisah yang menyayat hati...'2 anak kesayangan saya sudah tiada', hati siapa yang tidak sedih, apabila anak menjadi mangsa dek kelalaian orang lain., malang tak berbau..



Segala kisah yang ada adalah suratan takdir yang kita sendiri tidak mampu untuk menghalang.....


Pukul 8:30 AM, kami sampai di destinasi yang dituju...Bandar Tenggara...aduhai perjalanan yang cukup membosankan...tapi sesampai disana ternyata rasa tenang dan
aman keadaan sekitarnya.


Sementara menunggu my hubby apa aku nk buat ? aku meround ,berhenti tepi jalan,order air kelapa dan air tebu, wah! rasa segar.....Pukul 12.30 kembali ketempat destinasi pertama, nak tidur mana ya ? aku ke pejabat KEJORA, tanya-tanya kut ada rumah tumpangan, ehmmm.hampa, rest house ada tapi tuan rumah nk balik hari ni, begitulah menurut pekerja disitu.


Keputusan telah diambil,kami ke Kulai dan Senai Town,di Senai aku ke tempat kerja lama Multitape Ind.Sdn Bhd, telah lebih 10tahun aku tinggalkan, aku ke Taman Senai Baru, Lot 386, jalan Mahsuri ( rumah sewa pertama ), kemudian aku ke Taman Ria ( rumah sewa kedua ) segala-galanya hanya tinggal kenangan, lalu kami mengambil keputusan bermalam di Senai, Rose Hotel...mlm kami ke JB ehmmm apa lagi pekena nasi ayam penyek baru boleh balik..


Paginya sebelum 7.30 a.m. kami checkout, ke Bandar Tenggara semula....sepanjang perjalanan kesana lebih 6 Felda aku lalui, pertamanya Felda Taib Andak, tempat kelahiran Asmawi Ani, mana sangka anak felda asalnya boleh sepopular sekarang, di Bandar Kulai terpampang besar wajahnya, anak kebanggaan Kulai..tak dapat bayangkan betapa jauhnya Mawi berkaraoke jauh ke bandar Kulai..tapi kini takdir Illahi telah mengubah segala-galanya, rezeki Mawi kan !!!!


Felda Sungai Sayong..Felda Inas, Felda Sibol dan banyak lagi, aku teringat kali pertama aku menjejakkan kaki di kawasan Felda ialah 20 tahun dulu, masa aku bersekolah rendah, hidup mereka tidaklah semewah sekarang, kini kehidupan Felda jauh berbeza...Alhamdulillah, dan sepanjang aku disana apa yang menarik perhatian aku ialah aku tak ada langsung menemui masyarakat kaum cina seperti aku berada di Negeri Kelantan. Anyway Selamat Tinggal Bandar Tenggara....

Wednesday, December 9, 2009

SEPARUH JIWAKU PERGI.......



Keindahan liriknya cukup menarik
cara persembahan Anang amat mengagumkan
namun ianya hanylah bait-bait lagu yang indah....

Monday, December 7, 2009

AL-FATIHAH

Kematian adalah perpisahan
kematian adalah kesyahduan
kematian adalah keinsafan
kematian adalah suatu ketentuan Tuhan



Dan hari ini seorang lagi insan yang dikasihi
meninggalkan kami buat selama-lamanya
Mak Ngah dalam kenangan....
tidak lagi aku dengari suara-suara memarahi
kerana rasa untuk mengajar dan menginggati
anak-anak buah yang sedang membesar
marahnya ada sebab
marahnya sebagai ingatan
marahnya pasti bertempat
aku tak pernah ambil hati
kerana dia ibu saudaraku.....



Dan hari ini tidak lagi aku dapat merasa
roti canai buatan air tangannya
sedap ! tetap lembut walau seharian terbiar
dengan kuah kari kentang berdadu
telur dipecah masuk, ehmmm....pastinya sedap !
kuih apam buatan mak ngah memang enak
tak akan kulupa semuanya itu



Setelah lebih 5 tahun mak ngah terbaring
dikatil bujang itu
sesekali balik kampung menjenguk
mak ngah tetap tak berubah
kasihan dia, ujian Tuhan tetap diharung bendung
kepada anak-anak mak ngah
kak long,kak ngah,kak ni,kak comel dan abaang eddy
aku turut merasa sedihnya, bersabarlah....



Buat pak ngah....
mungkin tugas yang digalas selama ini telah tamat
namun aku pasti pak ngah pasti sedih
setiap kali memandang katil bujang tepi tingkap
bagai ada bayangan mak ngah disitu
pak ngah setia meneman , memandikan dan menyiapkan
kelengkapan untuk si isteri yang dikasihi



Tapi hari ini tiada lagi semua itu
segalanya hanyalah memori
yang terlau payah untuk dilupai
hidup dan mati adalah ketentuan
mungkin esok giliran aku tak siapa yang tahu....
demi sayang ini AL-FATIHAH buatmu mak ngahku...
..

Sunday, December 6, 2009

Erti Ikatan Sebuah Perkahwinan



Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, pahit ,manis dan pelbagai rasa lalu terpulanglah kepada individu masing-masing untuk mendefinisi dan mentaksirkannya.Perkahwinan juga terdapat pelbagai jenis, perkahwinan kerana berdasarkan @ berlandaskan kasih dan sayang, perkahwinan kerana nafsu semata-mata, perkahwinan 'rela dalam paksa', perkahwinan kerana ada 'udang disebalik batu' iaitu yang hanya untuk kepentingan serta kemewahan diri semata-mata dan sebagainya.Namun perkahwinan kerana cinta sejati adalah amat indah dan menjadi impian setiap insan yang menerajui alam perkahwinan ini.......




Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan, ada perkahwinan yang kekal hingga keakhir hayat, ada perkahwinan yang terputus ditengah jalan, ada perkahwinan yang hanya bertahan setakat 3 hari/ seminggu sahaja. Keadaan dan situasi-situasi seperti ini menyebabkan ada diantaranya yang merasa 'takut' untuk mendirikan rumahtangga @ untuk mengakhiri zaman bujang @ untuk berkahwin buat kali kedua disebabkan pengalaman yang lampau..Namun jika dah sampai jodoh kenalah lalui jua dengan rasa sabar kerana perkahwinan adalah satu fitrah kemanusiaan dan perkahwinan jua adalah satu perjudian......



Dan pada musim-musim cuti persekolahan ini, pastinya banyak undangan ke majlis perkahwinan yang terpaksa dihadiri, kerana jemputan adalah satu kewajipan yang perlu dipenuhi dan diwaktu beginilah kaum keluarga jauh dan dekat akan datang berkunjung, dan hari ini adalah hari berlangsungnya majlis perkahwinan 'dua pupu' ku iaitu Siti Hawa, buat mak usu dan cik man , TAHNIAH ! kerana mendapat menantu baru, buat Hawa terimalah beberapa kerat pantun dari kak Mali buat awak berdua.....






Ikan dilaut tempoyak didarat
Dalam periuk gulai namanya
Saya di selatan tuan di barat
Keramat cinta bertemu jodohnya




Sayangkan mangga ditebang betik
Sayangkan padi buangkan rumput
Mata terpandang hati berdetik
Masa terjalin kasih berpaut




Lemak kuih bercampur badam
Buah kundur dibuat halwa
Api asmara hujan tak padam
Cinta semarak didalam jiwa



Kain sutera baju besulam
Sulam dengan sibenang emas
Dalamnya laut dapat kuselam
Dilaut cinta hatiku lemas









Seperti yang telah diamanahkan, mummy ditugaskan untuk menyediakan 'makanan damai' untuk kedua-dua mempelai, aku adalah salah seorang 'mangsa' mummy untuk membantunya memasak, namun itu semua 'no hal' untuk aku laksanakan....memang cintaku pada dunia masakan telah lama bertaut, aku suka memasak, kalau aku tak bertugas di Bank seperti sekarang ini, mungkin aku adalah 'chef ' di Hotel ******** agaknya kut ! dan barangkali aku boleh mengalahkan chef-chef yang ada kat Malaysia ni keh keh....,memang pada mulanya cita-citaku dulu nak jadi tukang masak terkenal, tapi sayangnya masa aku hadiri interview nak masuk ke ITM bagi course 'hotel and catering' aku 'failed', namun minat memasak tidak pernah padam dan sehingga hari ini aku jadi 'tukang masak' buat family aku. Bagi aku memasak untuk lauk pengantin bukanlah perkara baru, pendek kata ' dah biasa....' Untuk perkahwinan kali ini antara masakan yang aku hidangkan adalah seperti gambar-gambar dibawah, kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi aku...ha ha ha....






Ayam golek


Rendang hati lembu




Pencuci mulut sehati sejiwa




Ikan siakap belahan jiwa



Sayur rampai


Majmuk sea food


Panjatan udang galah


Custard Pai




Wednesday, December 2, 2009

27hb sesampai aku di Bandar 'M' aku ke cineplex Golden Screen Cinema , apa movie nk tengok....Haaa tengok movie 2012 lah , ramai manusia membanjiri panggung hari itu, mujurlah aku orang pertama yg beli ticket ....aku ambil sit A BEST !!!



Kisah 2012 menggambarkan bagaimana hari kiamat akan berlaku dan bagaimana tragedi tsunami dunia berlaku, umpama kisah Nabi Noh yang menyelamatkan semua manusia dan semua binatang masuk ke dalam kapalnya kecuali isteri dan anaknya yang enggan turut sama ,begitu juga dgn Presiden America ( kononnya) yg juga enggan memasuki kapal penyelamat akhirnya turut terkorban dalam bencana tsunami / kiamat tersebut semata-mata kerana sayangkan rakyatnya yg tidak berupaya....



Kerana keegoan orang-orang America yang mengarahkan filem tersebut yang menunjukkan mereka serba berkebolehan dan dimana akhirnya dapat mematahkan kudrat Illahi, dan kononnya kerana kepakaran para saintis dan pakar-pakar ekologinya dan segala pakar yang ada mereka berjaya menghentikan hari kiamat, namun sesekali air mata mengalir juga ketika melihat saat-saat kematian & perpisahan berlaku antara ayah dan anak dan sesekali hati berdetik alangkah takutnya jika disaat tertiupnya sangkakala pertama nanti aku atau anak cucuku belum sempat membuat ibadat yang cukup kpd yang Esa, Ya Allah biarlah matiku dalam Iman...




Daripada sudut pandanganku, movie 2012 adalah antara filem yang terbaik bagi tahun 2009 ini setelah lebih daripada 10 movie yang aku tonton sepanjang tahun ini, aku memberikan 10 bintang untuk movie 2012....



28hb.....lepas checkout daripada SM hotel, aku sekali lagi tengok movie, kali ini di pawagam MBO, semalam sakit badan dan tengkuk bila aku tengok 2012, hari ini aku tengok movie kelakar gila ' Senario the movie Beach Boys '......hilang strees.....