CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 21, 2009

Hanya Yang Terbaik Untuk Menjadi Lebih Baik







Sedang aku berfikir-fikir apa yang nak aku nukilkan hari ini, tiba-tiba fikiran ku diterjah dengan satu ayat yang masih lagi aku dengari hingga ke saat ini " Apa baiknya Face Book tu ! semuanya ajaran Yahudi !" Tersentak aku mendengarkan kalimah itu, ' terasa' pun ada, aku hanya mendiamkan diri kerana aku juga adalah antara jutaan Blogger dan pengguna FB yang ada dimerata dunia .




Sebenarnya apabila kata-kata itu kita kaitkan dengan teknologi canggih masa kini. 'Sindiran' itu sebenarnya membuka satu ruang untuk aku dapatkan satu idea yang hebat dan tepat ....akan aku kupas sedikit demi sedikit..walaupun tak sehebat dan setepat mana, sekadar sekilas pandangan dari insan kerdil bernama aku....




Firman Allah yang bermaksud :




" Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui dan orang yang mendapat petunjuk " ( Surah Al-Nahl 16:125)








Apa yang ingin saya kaitkan disini melalui Firman itu adalah mengenai perkembangan teknologi masa kini kerana ianya sering dikatakan boleh mencabar iman umat Islam terutama remaja malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media moden tersebut.Jika suatu ketika dulu kanak-kanak suka menonton TV @ Video Game, tapi kini tidak lagi, mereka lebih sukar berenggang dengan internet & berchatting dsb.







Persoalannya sekarang, salahkah teknologi memenuhi alam ini pada masa sekarang @ kita yang tidak tahu memanafaatkan teknologi hingga remaja kini tiada pilihan ?Asyik menyalahkan satu pihak tanpa berusaha mengatasinya rasanya adalah tidak adil. Ibarat bidalan kalau tidak pandai menari, jangan dikatakan lantai yang rendah.Sepatutnya mereka kena belajar cara menari yang betul supaya mereka tidak terjatuh dan tergolek diatas pentas.







Sebenarnya teknologi moden tidak salah, sebaliknya kitalah yang seharusnya bijak menggunakan teknologi itu serta apa kebaikannya. Barangkali anak-anak kita lebih pandai memanafaatkan teknologi itu, maka kita harus mendorong mereka supaya memanafaatkannya ke arah kebaikan.Tetapi dalam keadaan ibu bapa sekarang ini yang sentiasa sibuk seperti aku contoh yang paling dekat, persoalannya bolehkah aku membimbing anak0anak kearah itu ?Anak kecilku Iffah Nabihah berusia 7 tahun pun dah pandai berchatting dengan kawan-kawannya dan mengemaskinikan firendsternya.







Pengetahuan tentang penggunaan ICT dapat memperkasakan lagi peranan teknologi dimana ianya boleh digunakan untuk umat Islam dalam memperkembangan syiar Islam. Kalau umat Islam tidak menggunakkanya ia sudah pasti akan digunakan oleh pihak lain untuk memusnahkan kita.




Sesungguhnya Teknologi moden yang menjadi alat komunikasi terpenting masa kini pasti turut memberikan peluang kepada para pendakwah merentas dunia dengan mudah dan cepat. Mereka tidak lagi perlu menjelajah seluruh dunia, tetapi cukup menerusi Internet.Sekiranya peluang ini digunakan oleh pendakwah sudah pasti mereka boleh berdakwah kepada rakan-rakan FB diseluruh dunia, lantaran itu para pendakwah juga harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai ICT. Apabila pendakwah sudah dapat menguasainya sudah pasti sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja dan mereka yang banyak hidup bergantung dengan ICT.







Dalam laman web atau blog, pendakwah boleh menyediakan ruangan unutk pengunjung-pengunjungnya berkomunikasi secara langsung, disamping memaparkan artikel yang mampu mendidik pelayar menjadi Mukmin yang bertaqwa.Menurut satu laporan, semenjak tahun 1999, Internet telah menjadi antara sumber utama masyarakat dunia untuk mencari maklumat serta kefahaman mengenai Islam.







Kewujudan laman web dan blog secara tidak langsung dapat menolak laman web agama songsang yang banyak bercambah kini. Ratusan laman web menyeleweng yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuan agama seperti aku.....







Percayalah persembahan yang baik dengan layout yang menarik akan memberi impak kepada pengunjung.Selain itu pengisian artikel yang lebih mantap dengan hujah yang kuat akan menyebabkan pelawat terus berkunjung dan bertambah.Renung-renungkannlah.....

0 comments: