CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 6, 2009

Erti Ikatan Sebuah Perkahwinan



Perkahwinan adalah sesuatu yang indah, pahit ,manis dan pelbagai rasa lalu terpulanglah kepada individu masing-masing untuk mendefinisi dan mentaksirkannya.Perkahwinan juga terdapat pelbagai jenis, perkahwinan kerana berdasarkan @ berlandaskan kasih dan sayang, perkahwinan kerana nafsu semata-mata, perkahwinan 'rela dalam paksa', perkahwinan kerana ada 'udang disebalik batu' iaitu yang hanya untuk kepentingan serta kemewahan diri semata-mata dan sebagainya.Namun perkahwinan kerana cinta sejati adalah amat indah dan menjadi impian setiap insan yang menerajui alam perkahwinan ini.......




Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan, ada perkahwinan yang kekal hingga keakhir hayat, ada perkahwinan yang terputus ditengah jalan, ada perkahwinan yang hanya bertahan setakat 3 hari/ seminggu sahaja. Keadaan dan situasi-situasi seperti ini menyebabkan ada diantaranya yang merasa 'takut' untuk mendirikan rumahtangga @ untuk mengakhiri zaman bujang @ untuk berkahwin buat kali kedua disebabkan pengalaman yang lampau..Namun jika dah sampai jodoh kenalah lalui jua dengan rasa sabar kerana perkahwinan adalah satu fitrah kemanusiaan dan perkahwinan jua adalah satu perjudian......



Dan pada musim-musim cuti persekolahan ini, pastinya banyak undangan ke majlis perkahwinan yang terpaksa dihadiri, kerana jemputan adalah satu kewajipan yang perlu dipenuhi dan diwaktu beginilah kaum keluarga jauh dan dekat akan datang berkunjung, dan hari ini adalah hari berlangsungnya majlis perkahwinan 'dua pupu' ku iaitu Siti Hawa, buat mak usu dan cik man , TAHNIAH ! kerana mendapat menantu baru, buat Hawa terimalah beberapa kerat pantun dari kak Mali buat awak berdua.....






Ikan dilaut tempoyak didarat
Dalam periuk gulai namanya
Saya di selatan tuan di barat
Keramat cinta bertemu jodohnya




Sayangkan mangga ditebang betik
Sayangkan padi buangkan rumput
Mata terpandang hati berdetik
Masa terjalin kasih berpaut




Lemak kuih bercampur badam
Buah kundur dibuat halwa
Api asmara hujan tak padam
Cinta semarak didalam jiwa



Kain sutera baju besulam
Sulam dengan sibenang emas
Dalamnya laut dapat kuselam
Dilaut cinta hatiku lemas









Seperti yang telah diamanahkan, mummy ditugaskan untuk menyediakan 'makanan damai' untuk kedua-dua mempelai, aku adalah salah seorang 'mangsa' mummy untuk membantunya memasak, namun itu semua 'no hal' untuk aku laksanakan....memang cintaku pada dunia masakan telah lama bertaut, aku suka memasak, kalau aku tak bertugas di Bank seperti sekarang ini, mungkin aku adalah 'chef ' di Hotel ******** agaknya kut ! dan barangkali aku boleh mengalahkan chef-chef yang ada kat Malaysia ni keh keh....,memang pada mulanya cita-citaku dulu nak jadi tukang masak terkenal, tapi sayangnya masa aku hadiri interview nak masuk ke ITM bagi course 'hotel and catering' aku 'failed', namun minat memasak tidak pernah padam dan sehingga hari ini aku jadi 'tukang masak' buat family aku. Bagi aku memasak untuk lauk pengantin bukanlah perkara baru, pendek kata ' dah biasa....' Untuk perkahwinan kali ini antara masakan yang aku hidangkan adalah seperti gambar-gambar dibawah, kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi aku...ha ha ha....






Ayam golek


Rendang hati lembu




Pencuci mulut sehati sejiwa




Ikan siakap belahan jiwa



Sayur rampai


Majmuk sea food


Panjatan udang galah


Custard Pai




0 comments: