CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 12, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan,Selamat Datang Aidil Fitri

Terlalu cepat masa berlalu.....tanpa aku sedari bulan Ramadhan bakal kita tinggalkan,sebulan mengerjakan Rukun Islam ke 3 ini tidak begitu terasa, begitu indahnya bulan Ramadhan ini dan begitu sayu untuk ditinggalkan, entahkan aku masih boleh mengerjakannya untuk tahun hadapan @ pun tidak, solat terawih juga bakal aku tinggalkan, namun jauh disudut hati selalu berdoa agar aku masih lagi berkesempatan untuk menunaikan solat sunat itu ditahun hadapan, InsyaAllah.

Podok kecil pisang sesikat
Habis ranap dilanda bah
Ramadhan itu bulan berkat
Amal pahala bertambah-tambah


Menang tinju bergelar jaguh
Juara dunia jadi sasaran
Bertaubat jangan ditangguh
Maut datang tanpa amaran


Dalam pada itu persiapan untuk menyambut hari raya sedikit sebanyak telah pun dibuat, keseronokan membeli belah diwaktu-waktu hampir menjelang raya cukup menggembirakan ditambah lagi dengan permintaan yang bermacam-macam oleh anak-anak ku, sesekali aku termenung dan teringat bagaimana zaman kanak-kanak yang aku lalui suatu masa dulu, mendapat sepasang baju kurung dan kasut sudah begitu membanggakan, walau bagaimana susah pun ibu membesarkan kami 2 beradik, namun baju dan kasut baru mesti kami perolehi, ibu tetap mahu melihat kami gembira walaupun dimatanya penuh kedukaan yang cuba di sembunyikan, kecekalan ibu membesarkan kami tanpa meminta-minta amat aku kagumi, mujurlah ibu wanita berkerjaya yang tabah, kau cukup membanggakan, terima kasih ibu....
Lagu ' sepasang kurung biru ' nyanyian Khairil Johari Johar cukup menggamit masa lampau dan merupakan satu nostalgia indah yang tak mungkin aku lupakan, namun biarlah segalanya berlalu dan kekal dalam memori indah ku, indah ke ???????

Tebu bakar terasa manis
Cukup manisnya tanpa gula
Kekasih lari rindu menangis
Hendak menangis sampaikan bila ?

Berjalan malam berbekal pelita
Masuk hutan menghendap musang
Membaca semula surat cinta
Mengimbau balik kisah nan usang


Di tanah rantau surat dilayang
Hati terkenang kampong halaman
Masih terdengar maafmu sayang
Hangatnya rindu ke hujung zaman



2 comments:

mohad said...

aidil adha ke aidilfitri..

ASMALIZA ABDULLAH said...

ha ha....mistake ijad ! anyway tq 4 your comment,