CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 3, 2009

YANG INDAH & YANG JELEK

YANG KURIK ITU KENDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG MOLEK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA
Pengalaman mengajar kita pada sebuah kehidupan yang panjang samada pengalaman pahit atau manis kesemuanya adalah indah untuk dikenang atau dibuang terus dari ingatan.....Begitu juga diri ini selama hidup di bumi Allah ini banyak sungguh pengalaman yang aku telah lalui,tapi rasanya biarlah ianya menjadi kenangan peribadiku yang terlalu sukar untuk dikongsikan bersama.Namun hari ini aku cuba menyelongkar dan melusuri sebuah pentas dunia kehidupan manusia hari ini yang indah dan yang jelek.....
Kuala Lumpur (KL)....seperti sudah sinonim dengan diriku,jika sebelum ini kunjugan aku hanyalah kerana tugasan,berkursus @ menziarahi kaum keluarga tapi kali ini aku cuba menerokainya, kata orang hidup kat KL ada 'standard' orang kotaraya besar, sesekali balik kekampung wah!! gahnya seperti duduk di Kota London, tapi itu tanggapan orang masa lampau, ah, sebenarnya dimana indahnya kehidupan diKL ?Sekadar mencari dimana yang dikatakan keindahan atau yang jelek.2 malam sudah cukup untuk aku mencari jawapannya...
Catatan pertama...destinasi pertama
Di sebuah hotel bertaraf *****...betul-betul di tengah kota raya KL aku bersanggah
Yang indah..
Berjaya Times Square-pusat membeli belah yang terbesar ,cantik ,exclusive dan menyeronokkan pada suatu masa dulu, dengan menaiki teksi hanya beberapa km daripada tempat menginap aku di charge RM 20.00 mahal tu...tapi tak apa kerana memandu sendiri ditengah kotaraya yang sibuk dan bingit agak membosankan.Bagi kanak-kanak di Theme Park tingkat 5 dan 7 adalah syurga dunia buat mereka,bagi aku ia neraka dunia yang jika diupah sekalipun aku tak akan menaikinya,bukan saja menakutkan malah mengerikan dan bisa kecut isi perut ku......
Yang jelek....
Sementara menantikan anak-anakku bermain, aku dan suami ke tingkat bawah, terasa lapar perut .KFC adalah tempatnya.sedang kami menikmati hidangan tiba-tiba muncul seorang wanita berbangsa cina menghampiri kami sambil menunjukkan sebuah kertas bercatatan yang dia dari persatuan pekak dan bisu memerlukan wang untuk tabung persatuan mereka dengan had minima yang telah ditetapkan adalah RM10.Pada mulanya aku nak membiarkan @ cuba untuk tidak menghiraukannya seperti juga kaum-kaum mereka yang tidak langsung mahu memandangnya, tapi bukan aku orangnya,sikap tidak sampai hati memang telah lama tersemat..bukan tujuan aku untuk menyokong perkara-perkara seperti itu tapi naluri itu datang dengan sendirinya,ku hulurkan jua seberapa yang ada dan termampu,jelasnya disini tempat indah sepert di BTS ini juga ada yang jeleknya, kerana dicemari angkara-angkara seperti itu.Pihak siapakah yang harus dipersalahkan ? Berleluasanya kejadian-kejadian yang boleh mencemarkan negara tercinta,tidak adakah undang-undang atau pihak berkuasa yang boleh memantau dan menanangi masalah seumpama ini ? Lu fikirlah sendiri......
Selain itu,pandanganku terdorong kepada sepasang couple yang asyik masyuk memadu asmara di anak tangga BTS ,masyaAllah sedangkan ditempat terang-terang begini pun mereka sanggup melakukannya apatah lagi ditempat yang sunyi dan gelap lagi galak dan rakus agaknya.Bukan nak mengata atau menceritakan hal orang tetapi itulah realitinya,apabila jiwa tidak ada pengisian pegangan agama yang kukuh pastinya perkara-perkara seperti itu akan berlaku.Kepada siapa harus dipersalahkan ? balik-balik pastinya tangan akan menunding kepada ibu bapa dirumah, dan sudah barang pasti ianya menjadi pengajaran buat aku untuk cara mana dan bagaimana nak mendidik anak-anak yang sebaiknya bukan saja berguna kepada masyarakat dan bangsa tetapi untuk diri mereka sendiri khasnya.Insya Allah.

0 comments: