CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 3, 2010

UJIAN SEBUAH KEHIDUPAN.......

Menurut pakar-pakar, 'pearl' yang mahal itu kononnya berasal daripada sebutir pasir yang memasuki tiram yang terbuka.Pasir yang masuk itu menimbulkan rasa sakit yang luar biasa, dan bagi mengurangkan rasa sakit itu, tiram membaluti pasir dengan 'air liurnya' secara berterusan selama beberapa tahun.Pasir yang disaluti dengan 'air liur' tiram itu lama kelamaan bertukar menjadi 'pearl' yang cantik dan mahal harganya, begitulah kisah sebuah kehidupan 'pearl'



Sebagai manusia , kita perlu berasa sakit dan juga melalui ujian, malahan kita perlu jatuh ketahap paling bawah supaya kita dapat bertemu dengan nilai kehidupan itu sendiri.Ramai orang mengatakan ujian hidup dan penderitaan sebagai sebahagian daripada kegagalan hidup.Itulah sebabnya kata orang 'Tidak ada kegagalan,melainkan kejayaan
yang tertunda '



Kehidupan yang tidak teruji adalah kehidupan yang tidak layak untuk dihidupi ( unexamined life is not worth living ).Hanya ada satu tempat di dunia ini di mana manusia bebas daripada segala ujian hidup, iaitu alam kubur.Bererti, tanda manusia itu masih hidup adalah ketika dia masih lagi mengalami ujian,kegagalan dan penderitaan.Lebih baik kita tahu mengapa kita gagal daripada kita tidak tahu mengapa kita berjaya.



Nampaknya, kita perlu merenung kembali bahawa matahari sentiasa tetap bersinar.Sekiranya pada masa ini hari mendung,bukan bererti matahari berhenti bersinar.Mungkin itu adalah kesempatan untuk berteduh walaupun sekejap bagi melakukan refleksi hidup atau Tuhan mahu mengatakan sesuatu kepada kita, kerana kita sibuk ada kalanya kita tidak dapat mendengar suaranya dengan jelas.Sama ada cepat atau pun lambat,mendung tetap berlalu dan matahari tetap menunujukkan wajahnya kembali.Walaupun mendung menjadi hujan,selesai sahaja hujan pasti kelihatan pelangi yang indah........

0 comments: