CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 14, 2009

SHOPPING & PENANGAN AYAM PENYEK

Window shopping &&&&& shopping.....aktiviti pertama yang paling aku gemari, apatah lagi jika ada $$$$ lebih ditangan,mulalah aku angankan yang berbagai, kelmarin aku ke malacca town mana lagi kalau tak ke DP, MP,MM dan JJ, keluar masuk apa yang dicari tak begitu berkenan dimata & hati, melihat gelagat manusia , cuci mata dan buang-buang masa pasti menyeronokkan, penat berjalan perut terasa lapar...jom ke Rest.Ayam Percik di Jln Ayer Keroh, popular terutama dlm ranc.jalan-jalan cari makan.....




13hb Sept , aku dah berjanji dengan anak-anak nak buat tambahan collection bagi keperluan raya mereka, janji mesti aku tunaikan, kalau tidak aku dituntut hingga tak senang duduk dibuatnya, walau apapun merekalah permata hatiku walau siapa pun mereka dimata orang lain...




First location...Taman Sentosa, beberapa tahun yang sudah TS terkenal dengan 'mall' nya yang luas dan hebat, tapi hari ini bandar itu sepi umpama Bandar Mati dan cukup membosankan, apa yang aku beli hanyalah seluar berjenama 'mustang' untuk anak bujangku dan sedikit keperluan dapur, kemudian kami pun blah..blah, kemana seterusnya ? nak ke CS...ah, jalan jem tambahan jalan utama dan jalan ke pintu masuk ke Tambak Johor cuit mencuit cukup memenatkan kaki nak memandu.




Second location....Angsana, ini adalah pusat membeli belah kaum bumiputera yang terkenal setakat hari ini di Bndr JB, jika TS pusat membeli belah ' kaum cina' di Angsana pula penuh dibanjiri manusia berketurunan kaum melayu dan ditambah lagi dengan kunjungan rakyat singapura yang menambahnyesakkan lagi shopping complex itu, lalu tiba-tiba kenangan ku diterjah pada satu ungkapan yang cukup mengingatkan aku hingga kesaat ini " I HATE U" dan tiba-tiba atau secara kebetulan aku menerima panggilan telephone dari insan yang pernah mengungkapkan kata-kata itu sesampainya saja aku ke Bangunan Angsana itu, sesekali aku tersenyum mengingatkan kisah itu kerana ungkapan itu diucapkan ketika aku dan rakan-rakan sekerja membelibelah disitu setahun yang lepas, terlalu mudahnya ucapan itu dikeluarkan....namun itulah kenangan !!! apa pun ianya cukup indah untuk dikenang.Bangunan Angsana adalah saksi pada ungkapan itu......berapa banyak perkataan 'itu...lah' tak apalah kan...sesedap kata seindah bicara.


Dan pastinya aku berharap tidak akan ada pihak yang terasa hati dengan catatan ini, sekadar luahan yang tidak bersempadan mulalah nak beremosional..., aku dah tak larat !!!!! Aku mengharapkan hubungan yang baik dari persahabatan itu kerana aku mausia yang tak mahu cari musuh tapi berharap dapat menjalin hubungan yang seramai mungkin dengan ramai orang dan insan, semoga Tuhan tahu apa maksud dan niat ku.....




Hampir lebih 5 jam aku disana dan setelah penat' meround' dan perhabis $ ditangan serta rasa berbaloi apa yang dicari dan kehendaki telah aku penuhi dan perolehi, tiba masa untuk berbuka puasa, sebaik kaki melangkah keluar aku terdengar satu siren berbunyi kuat yang sudah pastinya bisa memecahgamatkan seluruh warga disitu, rupa-rupanya pihak Angsana memberi tanda sudah masuknya waktu berbuka bagi menggantikan suara azan kut !! apa pun itu adalah satu usaha murni yang ditunjukkan oleh pihak Angsana untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap bulan puasa ini terutama untuk orang-orang muslim.




Daripada rumah lagi aku dah berjanji dengan anak-anak, " kita berbuka puasa di JB ya!" mana lagi kalau tak ditempat dan makanan kegemaran ku ' nasi ayam penyek' fuh !!!! sambal belacan dan hidangan ayam penyek serta ulam-ulamannya cukup menyelerakan hingga bisa menjilat jari.Makanan ini diperkenalkan oleh seorang kenalan atau orang yang cukup rapat dalam hidupku dan dialah segala-galanya dalam memberikan aku kekuatan untuk meniti hari-hari susah dan senangku dan pasti akan ku sayang 'dia' sampai bila-bila...terima kasih atas segala-galanya.




Beginilah aku orangnya ....cepat nak beremosi, ehmmm berbalik pada nasi ayam penyek tadi, sebenarnya ianya adalah makanan dan hidangan terkenal orang-orang Padang Indonesia dan diperkenalkan disini dah begitu lama rasanya cuma beberapa tahun yang lepas baru aku tahu keenakan hidangan ini, kalau ke JB bagai tak sah jika aku tidak menikmati hidangan ini sebelum pulang ke BP, tempatnya terletak betul-betul berhadapan dengan New York Hotel, nak tengok macammana nasi ayam penyek tu ? Aha tu.....kat bawah ni aku tunjukkan ok....aku download dulu, sambil tu aku nak bersiap ketempat kerja dulu, malam ni aku sambung balik......




Catatan disambung......Bayangkanlah rasa keenakannya......

Saturday, September 12, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan,Selamat Datang Aidil Fitri

Terlalu cepat masa berlalu.....tanpa aku sedari bulan Ramadhan bakal kita tinggalkan,sebulan mengerjakan Rukun Islam ke 3 ini tidak begitu terasa, begitu indahnya bulan Ramadhan ini dan begitu sayu untuk ditinggalkan, entahkan aku masih boleh mengerjakannya untuk tahun hadapan @ pun tidak, solat terawih juga bakal aku tinggalkan, namun jauh disudut hati selalu berdoa agar aku masih lagi berkesempatan untuk menunaikan solat sunat itu ditahun hadapan, InsyaAllah.

Podok kecil pisang sesikat
Habis ranap dilanda bah
Ramadhan itu bulan berkat
Amal pahala bertambah-tambah


Menang tinju bergelar jaguh
Juara dunia jadi sasaran
Bertaubat jangan ditangguh
Maut datang tanpa amaran


Dalam pada itu persiapan untuk menyambut hari raya sedikit sebanyak telah pun dibuat, keseronokan membeli belah diwaktu-waktu hampir menjelang raya cukup menggembirakan ditambah lagi dengan permintaan yang bermacam-macam oleh anak-anak ku, sesekali aku termenung dan teringat bagaimana zaman kanak-kanak yang aku lalui suatu masa dulu, mendapat sepasang baju kurung dan kasut sudah begitu membanggakan, walau bagaimana susah pun ibu membesarkan kami 2 beradik, namun baju dan kasut baru mesti kami perolehi, ibu tetap mahu melihat kami gembira walaupun dimatanya penuh kedukaan yang cuba di sembunyikan, kecekalan ibu membesarkan kami tanpa meminta-minta amat aku kagumi, mujurlah ibu wanita berkerjaya yang tabah, kau cukup membanggakan, terima kasih ibu....
Lagu ' sepasang kurung biru ' nyanyian Khairil Johari Johar cukup menggamit masa lampau dan merupakan satu nostalgia indah yang tak mungkin aku lupakan, namun biarlah segalanya berlalu dan kekal dalam memori indah ku, indah ke ???????

Tebu bakar terasa manis
Cukup manisnya tanpa gula
Kekasih lari rindu menangis
Hendak menangis sampaikan bila ?

Berjalan malam berbekal pelita
Masuk hutan menghendap musang
Membaca semula surat cinta
Mengimbau balik kisah nan usang


Di tanah rantau surat dilayang
Hati terkenang kampong halaman
Masih terdengar maafmu sayang
Hangatnya rindu ke hujung zaman



Saturday, August 29, 2009

Suatu kematian dan air mata



Terlalu lama rasanya tidak ku jenguk @ lihat laman ini., kesuntukkan masa terlalu payah untuk ku teruskan mencatat sebarang nukilan atau mungkin luahan perasaan, hari ini hari ke 8 umat Islam menunaikan puasa,nikmat berpuasa tidak dapat digambarkan dan menanti hari raya juga amat ku tunggu, seperti bebudak kecil aku seronok berhari raya walaupun ramai orang jika ditanya " ah tak ada yang menarik hari raya bila usia meningkat, lain zaman kanak-kanak dulu" tapi tidak pada diri ku, setiap hari membilang hari berpuasa...wah tak lama lagi hari raya, seronoknya !!!! Ah, aku tinggalkan dulu soal hari raya,yang pasti ianya akan menjelma dan aku akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana masih diberikan oleh Tuhan untuk menikmati betapa seronoknya berhari raya, InsyaAllah.



Aku termenung seketika apabila tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani..Inalillahi.....Masa untuk dia mengadap Ilahi telah pun tiba, segala kebaikan sikapnya, kesungguhannya dalam mengembangkan agama melalui nyanyian nasyid-nasyid yang dibawa cukup membanggakan ramai orang termasuklah diri ku, apakan daya Tuhan lebih menyanyangi dirinya, diri ini tidak dipaksa untuk mengalirkan air mata tapi lelehan mutiara ini dengan sendiri membasahi permukaan pipiku, sedih..Oh Tuhan bila masaku !
Andai ku tahu bila tiba ajalku alangkah indahnya...


Kematian dan pemergian Micheal Jakson (MJ) pd 26hb Jun 2009, betul-betul membuat aku rasa sedih, kelakarkan sedangkan aku hanyalah sekadar peminat lagu-lagunya dan hanya mengenali dirinya melalui persembahan-persembahannya dimedia dan sedikit sebanyak mengikuti perkembangan muziknya dan dirinya melalui media-media cetak, tapi entah mengapa aku rasa kematian mengejutnya benar-benar menjadikan hati ini sayu dan sekali lagi airmata ini gugur tanpa paksaaan !


Tanggal 25.07.09 satu lagi berita kematian aku dengari, pemergian seorang pejuang seni yang berjiwa ' Malaysian' telah pergi buat selama-lamanya, Yasmin Ahmad. Jiwanya yang lebih kepada masyarakat majmuk satu Malaysia ternyata tidak dapat dilihat dan ditonton oleh masyarakat lagi, arahan-arahannya terhenti tiba-tiba apabila Tuhan lebih dulu menggambil dirinya buat selama-lamanya. Al Fatihah...,sekali lagi aku gagal mengawal kesedihan ini dia gugur lagi tanpa aku memaksanya....


Apabila bercerita tentang kematian dan perpisahan, tidak kiralah ianya disebabkan oleh perpisahan sementara atau selama-lamanya pasti sedikit sebanyak akan membawa hati dan perasaan ini menjadi lebih bersifat ' sensitif' @ 'emosional'.....Aku cuba untuk menjadi manusia yang kuat dan tenang, tetapi ternyata ' I can't do it ' lalu inilah hasilnya......


Mata ini terlalu indah ciptaanNya
Mata ini terlalu mahal harganya
Mata ini terlalu cantik jika dipandang
Mata ini menjadikan manusia sempurna
Mata ini juga bisa buat manusia 'gila'
Mata ini juga adalah laluan untuk 'si air mata' mengalir.....
Aku sendiri tidak tahu bila ia mampu berhenti
Mungkin setelah aku sendiri menghembuskan nafas terakhirku
Lalu ku tutup mata ini buat selama-lamanya
Inalilalahi.......

Saturday, April 18, 2009

Selamat Hari Lahir










'Selamat Hari Lahir Mummy'




Hari ini genaplah sudah usia 'mummy' 65 tahun...Sebelum ini sambutan hari lahir 'mummy' kami buat hanyalah di rumah dan jika sambutan tidak dapat dibuat hanyalah ucapan 'Happy Birthday To You' ku ucapkan dihujung talian telefon...tapi hari ini aku dan adik membuat sedikit kejutan, rancangan telah diatur, jam 3.30 ptg adik membawa 'mummy' ke KFC , dalam pada masa yang sama aku dan anak-anak telah terlebih dahulu tiba, setibanya 'mummy' untuk mengambil tempat duduk, kami keluar dengan membawa kek yang ku beli khas di 'secret recipe' sambil menyanyikan " Happy Birthday To You......"



'Mummy' nampak terkejut, itulah kejutan yang dapat kami buat untuk 'mummy' tersayang. Untuk 'mummy' ku lakarkan sebuah sajak khas untuk mu 'mummy'........


Hari ini 18.04.09...adalah tarikh keramat mu 'mummy'
tarikh tanda kesyukuran kerna kurniaan Mu Tuhan
kerna kurniaan kesihatan yang baik untuk 'mummy'
Alhamdulillah....
kesihatan mummy diusia ke 65 tahun hari ini cukup menggembirakan kami
'mumy' kasihmu aku hargai
sayangmu membahagiakan aku
dan tak rela rasanya untukku leraikan rasa sayang itu
walau apa jua yang melanda
kasih sayangmu tiada batasan
dan kau adalah segala-galanya.......


Ketidaan insan bernama ayah dalam usia pembesaran kami berdua
tiada bezanya aku dengan insan lain yang punya 'pelengkap' hidup
tiada apa yang menyedihkan
cuma....
kekesalan yang tak terungkap dengan kata-kata
biarlah saat-saat itu hanyut terus dari ingatan ini
kerna kekuatan 'mummy' dalam usaha membesarkan kami
amat membanggakan!


Dari pelbagai sudut kepayahan dan keperitan
'mummy' membesarkan kami dengan penuh keikhlasan
pelbagai rintangan terpaksa diharungi
tapi kini dengan kebesaranMu Ya Allah
kepayahan itu rupanya adalah hanya satu 'laluan'
dan ranjau itu rupanya adalah 'azimat'untuk mencapai nikmat hari ini


Terima kasih 'mummy' kerna kepayahan mu
terima kasih kerna kesedihan dan kesabaranmu
telah mengajar aku pada menghargai saat-saat kepayahan
doa kami semoga 'mummy' akan terus menikmati kebahagiaan hari ini
dan untuk selama-lamanya selagi kami terdaya........
'Selamat Hari Lahir Mummy.....'

Sunday, February 1, 2009

FiKir-FiKirkanlah....



Aku cuba melupakan segala yang tidak indah untuk tahun lepas, aku hanya mengutip cerita-cerita indah untuk mewarnai kehidupan seterusnya namun segala yang pahit akan aku jadikan satu iktibar dalam melayari sebuah kehidupan yang belum tentu....




Malam ini malam Tahun Baru 2009...sekadar luahan hati....Tempat-tempat seperti Dataran Merdeka,Jalan Bkt Bintang dan ditempat-tempat sekitarnya dibanjiri ramai manusia, aku hanya memandang dari jauh....sebahagiannya anak-anak muda yang entah dari mana datangnya berkumpul dengan pasangan masing-masing,pelbagai program dibuat bagi menyambut ketibaannya..menyakitkan mata dan memekakkan telinga..bising...dan sudah pasti tidak menyenangkan terutama orang seperti aku yang cintakan kedamaian dan ketenangan.....





Jika kita sorot kembali peristiwa HIJRAH diiktiraf sebagai permulaan bulan dalam kalendar Islam dan peristiwa itu berlaku pada 622 Masihi mengikut kalendar Masihi. Kemunculan Tahun Baru seharusnya menjentuik minda kita untuk memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimana pula kita akan menghadapi tahu baru nanti.Segala suka duka yang berlalu hendaklah dijadikan teladan dan sempadan.




Ramai pastinya yang juga menanam keazaman setiapkali muncul Tahu Baru,namun azam itu kebanyakkannya hanya tinggal azam tanpa mendatangkan hasil...Sebenarnya bukan lagi masanya utnuk umatIslam berseronok dan terkinja-kinjauntuk menyambut Tahun Baru,Tahun Baru mestilah disambut dengan penuh keazaman dan komiten agar Islam diletakkan pada tempatnya bukan dengan cara 'pesta liar' yang lansung tidak menggambarkan adat ketimuran budaya bangsa dan agama.





Sesungguhnya umat Islam perlulah berubah, elak cara hidup yang sia-sia dan tidak bermatlamat dan jangan terikut-ikut dengan rentak hidup mereka yang tidak beriman kerana diakhirat kelak akan diadakan perhitungan untung rugi berdasarkan perbuatan baik dan buruk semasa didunia,Wassalam.......

Wednesday, January 28, 2009

Rentetan & kutipan sebuah kehidupan

Lama rasanya aku tidak menjenguk @ membuat sebarang pengisian dalam blog sepi, terasa rindu pula galaknya...









Lakaran rindu seterusnya....


Pada malam yang indah dan buruk, daripada tingkat atas aku asyik mengintai dan mataku menyelinap aktiviti2 sebahagian manusia di Kota Raya,melihat neon2 menerangi kotaraya sekitarnya amat indah sekali, tetapi pabila pandangan dialihkan kesatu lorong terang2kuku...beberapa lembaga yang tak tentu hala tujunya,terhoyonghayang sambil sesekali menaikkan seluar yang hampir2 terlondeh,meludah merata dan ada pula beberapa kelompok yang 'memancut' sesuka hati tanpa mengira perasaan silu @ sebagainya, hampir termuntah aku dibuatnya.





'mat lalok' mungkin gelaran yang biasa didengar,tidur dilorong-lorong kotor adalah syurga bagi mereka, sesekali terasa belas memandang....mengapalah begitu??, ku kira mereka juga tidak mahu seperti itu tetapi pada siapa kita perlu menunding ? salah siapa ? mengapa ? dsb.





Seterusnya...disebelah siang harinya aku ke KLCC, kebanggaan rakyat M'sia,memang cantik dan amat menarik,tumpuan pelancong dan rakyat M'sia,sesungguhnya aku merasa kagum, setelah habis rondaan dibuat destinasi ku adalah ke SOGO, pusat membeli belah yang popular apatah lagi masa cuti sekolah @ ketika SALE, fuh! SOGO ....dibanjiri beribu manusia menjadikan aku lemas dalam lautan manusia , sesak nafas dibuatnya, begitulah padahnya bila bercuti pada 'school holiday', perjalananku tiba-tiba tersekat dan didatangi oleh 2 budak sekolah " Assalamualaikum kak....kami dari.....hulurlah seikhlasnya ,membeli sambil menderma..."





Kasihan mereka...dijadikan sebagai umpan, keadaan yang tidak begitu menyenangkan pastinya,entahlah pasti ada cara @ jalan lain yang boleh dibuat untuk mengurangkan jika tidak dihapuskan pun,mungkin aku hanya boleh meluahkan perasaan ketidakpuasan hati diruangan ini tetapi perlaksanaannya bukanlah orang seperti aku, kerana aku sedar siapalah aku sebenarnya....insan kerdil yang hanya menumpang dimuka bumiNya.

Saturday, January 3, 2009

YANG INDAH & YANG JELEK

YANG KURIK ITU KENDI
YANG MERAH ITU SAGA
YANG MOLEK ITU BUDI
YANG INDAH ITU BAHASA
Pengalaman mengajar kita pada sebuah kehidupan yang panjang samada pengalaman pahit atau manis kesemuanya adalah indah untuk dikenang atau dibuang terus dari ingatan.....Begitu juga diri ini selama hidup di bumi Allah ini banyak sungguh pengalaman yang aku telah lalui,tapi rasanya biarlah ianya menjadi kenangan peribadiku yang terlalu sukar untuk dikongsikan bersama.Namun hari ini aku cuba menyelongkar dan melusuri sebuah pentas dunia kehidupan manusia hari ini yang indah dan yang jelek.....
Kuala Lumpur (KL)....seperti sudah sinonim dengan diriku,jika sebelum ini kunjugan aku hanyalah kerana tugasan,berkursus @ menziarahi kaum keluarga tapi kali ini aku cuba menerokainya, kata orang hidup kat KL ada 'standard' orang kotaraya besar, sesekali balik kekampung wah!! gahnya seperti duduk di Kota London, tapi itu tanggapan orang masa lampau, ah, sebenarnya dimana indahnya kehidupan diKL ?Sekadar mencari dimana yang dikatakan keindahan atau yang jelek.2 malam sudah cukup untuk aku mencari jawapannya...
Catatan pertama...destinasi pertama
Di sebuah hotel bertaraf *****...betul-betul di tengah kota raya KL aku bersanggah
Yang indah..
Berjaya Times Square-pusat membeli belah yang terbesar ,cantik ,exclusive dan menyeronokkan pada suatu masa dulu, dengan menaiki teksi hanya beberapa km daripada tempat menginap aku di charge RM 20.00 mahal tu...tapi tak apa kerana memandu sendiri ditengah kotaraya yang sibuk dan bingit agak membosankan.Bagi kanak-kanak di Theme Park tingkat 5 dan 7 adalah syurga dunia buat mereka,bagi aku ia neraka dunia yang jika diupah sekalipun aku tak akan menaikinya,bukan saja menakutkan malah mengerikan dan bisa kecut isi perut ku......
Yang jelek....
Sementara menantikan anak-anakku bermain, aku dan suami ke tingkat bawah, terasa lapar perut .KFC adalah tempatnya.sedang kami menikmati hidangan tiba-tiba muncul seorang wanita berbangsa cina menghampiri kami sambil menunjukkan sebuah kertas bercatatan yang dia dari persatuan pekak dan bisu memerlukan wang untuk tabung persatuan mereka dengan had minima yang telah ditetapkan adalah RM10.Pada mulanya aku nak membiarkan @ cuba untuk tidak menghiraukannya seperti juga kaum-kaum mereka yang tidak langsung mahu memandangnya, tapi bukan aku orangnya,sikap tidak sampai hati memang telah lama tersemat..bukan tujuan aku untuk menyokong perkara-perkara seperti itu tapi naluri itu datang dengan sendirinya,ku hulurkan jua seberapa yang ada dan termampu,jelasnya disini tempat indah sepert di BTS ini juga ada yang jeleknya, kerana dicemari angkara-angkara seperti itu.Pihak siapakah yang harus dipersalahkan ? Berleluasanya kejadian-kejadian yang boleh mencemarkan negara tercinta,tidak adakah undang-undang atau pihak berkuasa yang boleh memantau dan menanangi masalah seumpama ini ? Lu fikirlah sendiri......
Selain itu,pandanganku terdorong kepada sepasang couple yang asyik masyuk memadu asmara di anak tangga BTS ,masyaAllah sedangkan ditempat terang-terang begini pun mereka sanggup melakukannya apatah lagi ditempat yang sunyi dan gelap lagi galak dan rakus agaknya.Bukan nak mengata atau menceritakan hal orang tetapi itulah realitinya,apabila jiwa tidak ada pengisian pegangan agama yang kukuh pastinya perkara-perkara seperti itu akan berlaku.Kepada siapa harus dipersalahkan ? balik-balik pastinya tangan akan menunding kepada ibu bapa dirumah, dan sudah barang pasti ianya menjadi pengajaran buat aku untuk cara mana dan bagaimana nak mendidik anak-anak yang sebaiknya bukan saja berguna kepada masyarakat dan bangsa tetapi untuk diri mereka sendiri khasnya.Insya Allah.