Tuesday, December 29, 2009
PROGRAM SEHARI BERSAMA PELANGGAN
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 5:51 AM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
BILA UNGKAPAN RINDU MULA BERTAMU.....

Keindahan ungkapan yang menjadi minatku kiriman dari seseorang yang aku kenal...Syuk.....
Inilah dia....., terima kasih.....
Apakah ini cinta ? apakah ini rindu ? apakah ini sebenarnya ??? Barangkali terlalu sukar untuk mentafsirkan maksud disebalik permainan ini, namun inikah realiti pada sebuah perhubungan ?Kekadang aku seolah bermain perasaan yang melekakan sedangkan segalanya hanyalah khayalan pada sebuah kehidupan yang samar...
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 8:42 AM 0 comments
Saturday, December 26, 2009
ANAK OH ANAK.....
Ketika Nabiha menunggu mendapatkan rawatan
Ketika rawatan 'flash' dilakukan" Ibu, adik sakit telinga..." perlahan suara Girl memanggil pula aku, aku terus bangkit lalu mendapatkan Biha, naluri seorang ibu menjadikan aku seperti dalam kebinggungan, " adik kenapa ? sakit macam mana ?" Biha kerap mengalami sakit telinga sebegini, lalu aku bingkas mengambil ubat yang aku dapatkan daripada Hospital Pakar Pantai beberapa bulan yang lalu,dan aku tititskan kedalam telinganya, diam sekejap, kemudian menangis lagi, Ya Allah kasihannya... " Adik boleh bertahan ke ?" dia menggelengkan kepala, lantas aku membuat panggilan ke Putra Specialist Hospital, bertanyakan pakar E.N.T. nya Doktor Zaki samada dia bertugas atau tidak esok, " maaf puan Dr Zaki tidak ada esok," jawab telefonis lembut. " Ok, terima kasih..."
Beberapa kali telinga Biha di 'flash' dengan pancutan air, menjadikan dia sedikit merasa pedih tapi masih lagi boleh bertahan nampaknya.Nampaknya Doctor tadi sendiri gagal untuk mengesan apa yang ada didalam telinga Biha, lalu datang pula seorang Doctor wanita memeriksa dan meneropong ke telinga Biha, " something like "kutu babi', but i'm not sure," " sini jap" Doctor tu memanggil seorang pegawai perubatan yang lain, " Ini bukan kutu babi Doctor, mungkin " cuma 'fungus', dekat hampir 1 jam telinga Biha di 'godeh' Doctor terus memberikan padaku resit untuk mengambil ubat di Farmasi, no telephoneku diambil, katanya 2/3 hari lagi temujanji dengan Doctor Pakar akan dibuat dan dirujuk ," ok Doc. thank you "
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 4:23 PM 0 comments
Friday, December 25, 2009
PERCUTIAN YANG SINGKAT DAN Kisahnya.....
Bersama ratu cantik pelancongan dari 65 buah negara di duniaBercuti di persekitaran kawasan pantai/laut bukan lagi menjadi minatku seperti 5 @ 6 tahun dahulu, semenjak peristiwa sunami terjadi langsung aku menjadi 'takut'@'fobia' dengan laut dan secara tiba-tiba mengingatkan aku pada kejadian itu,sungguh menyedihkan, Ya Allah inikah ujian,apakah ini balasan @ sekadar hanya ingatan ??? SubhanaAllah.
Meskipun anak-anakku pandai berenang, namun bermain di tepian pantai memerlukan pemantauan dan pengawasan yang lebih kerana banyak kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh kelalaian yang sedikit, mungkin % nya agak kurang, namun takdir Illahi tak siapa menduga, pun begitu panjatan doa untuk semua umat manusia di dunia adalah keikhlasanku...
Hajat dihati aku nak ke negeri sebelah Pantai Timur, tetapi memandangkan cuaca yang sebegini aku terpaksa membatalkannya tambahan pula cuti yang ada tidaklah lama mana, rasa dah lama tak aku kunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang tu, terima kasih kepada Ustaz Rohaidi dan Meiza yang sudi menerima kunjungan kami yang lalu. Sebenarnya aku lebih 'prefer' ke kawasan pergunungan terutamanya di Genting @ Cameron Highlands, tetapi pesanan ramai kawan-kawan 'tak usah long,bahaya!', dalam hati berkata ,ehmmm ramai yang sayang rupanya....tq all my friends..i love all of u.....,namun apa pun aku mesti kunjungi lagi bumimu, kerana keindahanmu seolah-olah melambai-lambai kehadiranku.....
Setelah semua kerja-kerja rumah dan semua urusan-urusan lainnya aku bereskan, dan setelah semua barang-barang siap di 'packing', aku memacu kenderaanku kearah utara. Destinasiku yang pertama ke Hotel Pelangi Bandar Maharani untuk mengambil suamiku yang membuat tugasan rasminya disana,sementara tu aku berkesempatan untuk menjenguk kawan-kawan bank yang lama tak aku temui yang mana kebetulan hotel tersebut bersebelahan dengan bank,ehmmm... kata orang kalau dah rezeki tak kemana,kata orang langkah kanan kut!!!Kebetulan program 'Sehari Bersama Pelanggan' cawangan Bndr Maharani dibuat pada 24hb, so macam2 hidangan dibuat untuk para pelanggannya dan apa yang lebih penting antara hidangan tu adalah makanan kegemaranku....UBI REBUS dicecah dengan SAMBAL TUMIS CILI PADI, wow ! sedap betul, malam sebelum tu bukan main aku mencari ubi rebus tu tapi hampa..well ! today i find it... anyway for Milah,Izan and encik Musa thank you so much....
Selingan...." Hai, kak Ana ke,kak Sal ya ! nak kemana ?" aku menyapa seorang wanita yang pernah aku temui kalau tak silap bekas isteri arwah encik Nordin , dan pun kurang pasti samaada dia isteri pertama atau kedua arwah,dia berjalan beriringan dengan seorang lelaki, dan lelaki itu seperti seperti pernah aku lihat sebelum ini, dia berpatah semula, " eeh siapa ni ya ? Kak Ana..." " alonglah bank ???? " " ooh ya...baru ingat, nak kemana ni? " tanyanya, " saja jalan-jalan..,kak Ana daripada mana ?" " Haa ni ha...buat business ni,senang tau " sambil menghulurkan padaku sekeping kertas. " Oh ya ke ! oklah kak Ana, along jalan dulu ya !" sambil menghulurkan tangan bersalaman. Yalah masing-masing orang, masing-masing punya cara untuk menambahkan pendapatan keluarga, janji halal dan tidak menyimpang....
Didalam kenderaan kami berbincang.....Aha, kita ke Melaka dan KL oklah kan ! GO !....
" Good afternoon, i'm Asmaliza, i would like to reservation for today ,one family room plz, if you have ?" aku membuat panggilan di sebuah resort yang terletaknya di Ayer Keroh, INB Resort,
sesampai di sana, apa lagi langsung anak-anakku menyarung 'swimming suit' mereka .BOM! bunyi kocakan air, mereka seperti ' kemaruk' melihat air galaknya .Sementara aku duduk saja didalam bilik, log in BB, buka FB dan tengok Blog dari bloger-bloger seluruh malaysia, itu yang menjadi minat aku selain mendapatkan idea-idea baru.
Dan disebelah malamnya,aku membawa anak-anakku menonton movie bertajuk 'Santau' , itu sajalah aktiviti-aktiviti malam yang agak santai boleh dilakukan, sebenarnya aku agak kurang berminat dengan cerita-cerita sebegini, tetapi memandangkan hanya itu saja filem yang sesuai ditonton jadi mereka 'akur' dengan cadanganku.Kesimpulan yang boleh aku buat daripada filem itu ialah betapa perkara seperti santau menyantau dan kerana sifat cemburu melihat kesenangan orang lain masih lagi menjadi satu hasad dan dengki manusia hari ini tanpa mengira siapa sedangkan perbuatan seperti itu bukan saja dimurkai oleh Allah tapi menganiya kehidupan orang lain yang tidak berdosa, sempatkah kita meminta maaf sekiranya kita lebih dahulu diambil Tuhan ?
Bunyi deringan dan panggilan telefon ku sebanyak 6 kali sengaja tidak aku angkat dan biarkan semasa aku sedang enak menjamu selera bersama. ' ma'af el, panggilan kau tak kuasa aku nak menjawabnya, dah berapa kali aku beritahu kau, ' tak boleh', cubalah kau fahami itu....' aku harap kau baca blog aku dan fahami segalanya. I'm so sorry, please understand me.
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 4:35 PM 0 comments
Labels: apatan
Wednesday, December 23, 2009
SYOKNYA BERCUTI....
Hari ini aku bercuti....rasa lapang kepala ni, tapi bila teringatkan rakan-rakan ' kesiannya mereka...' kerja melambak-lambak kat office tu, ditambah lagi 29hb ni kami akan mengadakan program ' Sehari Bersama Pelanggan' banyak persiapan yang perlu dibuat dan dilaksanakan, tapi apa nak buat kadangkala bila difikir-fikir, ' terlalu sedikit masa yang aku habiskan bersama keluarga ' "aduhai pening kepala ni Boss, esok dan lusa along bercuti, kita tak cukup staff,mana nak kejar cawangan kecil lagi..." aku dengar Kak Nor mengadu dengan my Boss, maaf Boss dah 1/2 tahun saya tak ambil cuti dalam diam hatiku berkata 'penting juga aku ni....he he '
Tapi yang lebih kasihan bila beberapa orang customer yang dah biasa dengan aku menalipon telephone bimbit aku, hari ni aje 3 orang yang menghubungi aku, nak tanya balance account, nak statement lah dan tanya pasal pinjamanlah, maaflah encik saya tidak bertugas hari ini, suruh talipon bank mereka tak mahu, mahu tak mahu tunggulah next week i'll come back....,anyway thank you for everything....aku perlukan istirehat.
Tengahari ini rasa-rasa macam nak masak nasi ayam hainan, dah lama tak masak nasi ayam kegemaranku, tapi my mum yang tibanya semalam pagi-pagi lagi dah begitu beria-ia nak ajak keluar, "mummy nak belanja makan ," so aku pun start kereta pergi ke Taman Maju, kedai Bro tu..lauk pauk mak datok banyaknya, ( nak snap gmbr,ramailah orang pulak, malu! nk masuk blog he he ), tapi aku tak makan apa pun, malasnya nak makan nasi pagi-pagi ni, aku hanya menemankan mereka makan aje, minum air masak suam udah le...kalau ada mee hoon goreng tu nak juga aku makan (my favourite food)....
Kemudian aku ke Affin Bank bayar duit kereta lalu terus ke Summit The Store, beli keperluan 'make up' aku, aha biasalah orang pompuankan ! dah dapat apa yang aku nak, pergi petrol station, isi minyak...( bukannya perut aje yang perlu diisi kan ), ingat nak ajak mummy minum cendol special dekat Bus Station lama tu, tapi perut rasa tak selesa, kepala pulak dah mula pening, "kita baliklah ya ! kepala ibu ni dah mulalah...." PENING.!!!...aku tengah baca satu buku tentang berbekam baik untuk mereka yang mengalami migrain, nanti bila dah habis baca aku nak tulis dalam blog sejauh mana kebaikannya berbekam tu...i'll to be continued.....
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 12:21 AM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
INILAH PANDANGANKU.....
DIPERCAYAI lebih utama daripada DICINTAI. Demikian ungkapan daripada orang yang arif tentang cinta.Ramai yang kurang setuju dengan kata-kata ini.Masakan begitu detik hatiku berkata.Teringat kembali detik-detik mengetahui cinta kita telah di terima oleh si dia....Ah gembiranya saat itu.Dunia ini seakan tersenyum, bulan mentari dan bintang seakan turut bersama dalam meraikan detik-detik yang sangat indah itu.Bukankah DICINTAI lebih utama daripada DIPERCAYAI ? Hati mula berkata dan berfikir......
Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab.Cinta itu untuk MEMBERI bukan untuk MENERIMA. Lafaz " Aku terima nikahnya ..." oleh suami bukan bererti kita MENERIMA sebaliknya untuk MEMBERI.
Cinta adalah pautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melafazkan @ membahagiakan.Jika perpautan itu lebih kuat lagi maka dinamakan "rindu" sehingga relakah seseorang menjadi hamba kepada kekasihnya. Masih ingat lagi kisah cinta Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf as teramat sangat sehingga sampai pada puncak kerinduan.Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya demi cintanya terhadap Yusuf sehingga dia menghadapkan ke langit, seolah-olah nama " Yusuf " itu termaktub pada bintang-bintang.....
Setelah menjadi isteri Yusuf, dia lebih suka menyepi utnuk beriadah, lalu menjauhi Yusuf.Ketika Yusuf memanggilnya kebilik disiang hari, maka dia menolaknya sampai datangnya malam.Namun ketika Yusuf memanggilnya di malam hari, maka dia menundanya sampai siang hari.Lalu dia berkata " Wahai Yusuf dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia, maka kini setelah aku mengenaliNya, maka tidak ada lagi cinta selain untukNya." Dan aku tidak perlukan penggantinya.....
Sehingga Yusuf berkata kepadanya, ' Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dengan mengkhabarkan bahawa Dia hendak keluarkan 2 orang putera daripada rahimu yang mana keduanya akan Dia jadikan sebagai nabi.Kemudian Zulaikha berkata 'Jika Allah memerintahkanmu demikian, dan menjadikan aku 'jalan' untuk itu, maka aku akan menta'ati perintah Allah.Kemudian dengan suka hati dia terus melayani Yusuf as.
Ingatkah kisah cinta Laila dan Majnun ? " Siapa namamu ?" Majnun bertanya.Dia berkata " Laila". " Bukankah dia telah mati ?". Dia menjawab "Tidak, Laila ada dihatiku,dia tidak pernah mati " Hingga pada satu masa ketika dia melewati rumah Laila.Dia memandang ke langit,maka dia bertanya, "Wahai Majnun, janganlah memandang ke langit, tapi pandanglah rumah Laila barangkali engkau dapat melihatnya. Lalu Majnun menjawab " Cukuplah aku memandang bintang dimana cahayanya menyinari rumah Laila"
Pada pandanganku...cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian.Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berhadapan dengan ujian. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta bakal tercalar. Pada ketika itulah cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut pada satu kepercayaan.....
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 4:55 PM 0 comments
Monday, December 21, 2009
Hanya Yang Terbaik Untuk Menjadi Lebih Baik

Sedang aku berfikir-fikir apa yang nak aku nukilkan hari ini, tiba-tiba fikiran ku diterjah dengan satu ayat yang masih lagi aku dengari hingga ke saat ini " Apa baiknya Face Book tu ! semuanya ajaran Yahudi !" Tersentak aku mendengarkan kalimah itu, ' terasa' pun ada, aku hanya mendiamkan diri kerana aku juga adalah antara jutaan Blogger dan pengguna FB yang ada dimerata dunia .
Sebenarnya apabila kata-kata itu kita kaitkan dengan teknologi canggih masa kini. 'Sindiran' itu sebenarnya membuka satu ruang untuk aku dapatkan satu idea yang hebat dan tepat ....akan aku kupas sedikit demi sedikit..walaupun tak sehebat dan setepat mana, sekadar sekilas pandangan dari insan kerdil bernama aku....
Firman Allah yang bermaksud :
Apa yang ingin saya kaitkan disini melalui Firman itu adalah mengenai perkembangan teknologi masa kini kerana ianya sering dikatakan boleh mencabar iman umat Islam terutama remaja malah keruntuhan akhlak remaja dikaitkan dengan media moden tersebut.Jika suatu ketika dulu kanak-kanak suka menonton TV @ Video Game, tapi kini tidak lagi, mereka lebih sukar berenggang dengan internet & berchatting dsb.
Persoalannya sekarang, salahkah teknologi memenuhi alam ini pada masa sekarang @ kita yang tidak tahu memanafaatkan teknologi hingga remaja kini tiada pilihan ?Asyik menyalahkan satu pihak tanpa berusaha mengatasinya rasanya adalah tidak adil. Ibarat bidalan kalau tidak pandai menari, jangan dikatakan lantai yang rendah.Sepatutnya mereka kena belajar cara menari yang betul supaya mereka tidak terjatuh dan tergolek diatas pentas.
Sebenarnya teknologi moden tidak salah, sebaliknya kitalah yang seharusnya bijak menggunakan teknologi itu serta apa kebaikannya. Barangkali anak-anak kita lebih pandai memanafaatkan teknologi itu, maka kita harus mendorong mereka supaya memanafaatkannya ke arah kebaikan.Tetapi dalam keadaan ibu bapa sekarang ini yang sentiasa sibuk seperti aku contoh yang paling dekat, persoalannya bolehkah aku membimbing anak0anak kearah itu ?Anak kecilku Iffah Nabihah berusia 7 tahun pun dah pandai berchatting dengan kawan-kawannya dan mengemaskinikan firendsternya.
Pengetahuan tentang penggunaan ICT dapat memperkasakan lagi peranan teknologi dimana ianya boleh digunakan untuk umat Islam dalam memperkembangan syiar Islam. Kalau umat Islam tidak menggunakkanya ia sudah pasti akan digunakan oleh pihak lain untuk memusnahkan kita.
Sesungguhnya Teknologi moden yang menjadi alat komunikasi terpenting masa kini pasti turut memberikan peluang kepada para pendakwah merentas dunia dengan mudah dan cepat. Mereka tidak lagi perlu menjelajah seluruh dunia, tetapi cukup menerusi Internet.Sekiranya peluang ini digunakan oleh pendakwah sudah pasti mereka boleh berdakwah kepada rakan-rakan FB diseluruh dunia, lantaran itu para pendakwah juga harus meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan menguasai ICT. Apabila pendakwah sudah dapat menguasainya sudah pasti sasaran dakwahnya akan sampai kepada remaja dan mereka yang banyak hidup bergantung dengan ICT.
Dalam laman web atau blog, pendakwah boleh menyediakan ruangan unutk pengunjung-pengunjungnya berkomunikasi secara langsung, disamping memaparkan artikel yang mampu mendidik pelayar menjadi Mukmin yang bertaqwa.Menurut satu laporan, semenjak tahun 1999, Internet telah menjadi antara sumber utama masyarakat dunia untuk mencari maklumat serta kefahaman mengenai Islam.
Kewujudan laman web dan blog secara tidak langsung dapat menolak laman web agama songsang yang banyak bercambah kini. Ratusan laman web menyeleweng yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuan agama seperti aku.....
Percayalah persembahan yang baik dengan layout yang menarik akan memberi impak kepada pengunjung.Selain itu pengisian artikel yang lebih mantap dengan hujah yang kuat akan menyebabkan pelawat terus berkunjung dan bertambah.Renung-renungkannlah.....
Posted by ASMALIZA ABDULLAH at 5:35 AM 0 comments






